Sunday, 6 December 2015
Filled Under:
Berita Semasa
SEMUA Penjual makanan guna kertas bercetak bungkus makanan bakal dikenakan tindakan undang-undang
Posted By:
Unknown
on 08:52
SEMUA Penjual makanan guna kertas bercetak bungkus makanan bakal dikenakan tindakan undang-undang
[+]KANGAR, Ahad – Kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pengendali makanan yang menggunakan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan berkuat kuasa 1 Jan 2016 ini.
[+]Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Jafperi Otman berkata berdasarkan kajian toksikologi, kertas bercetak didapati mengandungi bahan kimia berbahaya yang menjadi punca kanser.
[+]“Karsinogenik pada bahagian dakwat boleh menjejaskan sistem penghadaman seseorang selain meningkatkan kandungan toksik dalam badan manusia,” katanya.
[+]Beliau berkata demikian selepas mengedarkan kertas pembungkus makanan percuma sempena kempen Larangan Menggunakan Kertas Bercetak Sebagai Pembungkus Makanan kepada kira-kira 100 peniaga di Tapak Pasar Pagi Behor Lateh di sini, hari ini.
[+]Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin.
[+]Jafperi berkata mana-mana pengendali makanan yang masih berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Peraturan 36 (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009).
[+]“Peraturan itu dikenakan akibat kegagalan pengendali makanan mematuhi kehendak berhubung penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan. Ia boleh membawa denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
[+]Dalam pada itu, Jafperi berkata kempen itu bermula 19 Jun lepas bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada pengusaha makanan serta orang ramai berkenaan bahaya penggunaan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan.
[+]“Antara lokasi yang dilawati setakat ini adalah di pasar malam Kuala Sanglang, Kaki Bukit, Abi, Arau, Kangar, pasar pagi Arau, Simpang Empat dan hari ini di Behor Lateh,” katanya.
[+]Jafperi berkata kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan akan bersama-sama membuat tinjauan berterusan bagi menyedarkan pengedali makanan tentang bahaya penggunaan kertas bercetak sebagai pembungkus makanan.- [+]Bernama