Friday, 11 December 2015

Filled Under:

Petua Orang Tua Yang Kita Boleh Amalkan


(_)Petua Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan

Anda Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buat sebanyak 3 kali sehari.

(_)Petua Bau mulut

Anda Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

(_)Petua Resdung

Anda  Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

(_)Petua mengurangkan rabun mata

Anda Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

(_)Petua Perut masuk angin

Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

(_)Petua Perut Memulas

Anda Ambil Pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.