Wednesday, 9 December 2015
Filled Under:
Petua Orang Dulu-Dulu
8 Petua Kulit Cantik Yang Nenek kita Dulu-Dulu
Posted By:
Unknown
on 07:23
Nak tahu apa rahsia yang nenek kita simpan dari kita untuk dapatkan kulit cantik? Berikut adalah 8 petua kulit cantik yang perlu kita ambik tahu.
[=] Timun
*Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam mata, mata bengkak (pastikan tidur mencukupi tau), mengecilkan rongga kulit dan merawat sunburn. Sangat berguna bagi produk yang berharga RM2 sekilogram.
[#]Cara nak guna: Hanya hiris nipis timun dan letakkan di atas mata.
[=] Teh Hijau
*Anda suka minum teh? Pernah cuba teh hijau?
*Selepas anda menikmati keenakan teh hijau, jangan buang uncang teh tu. Ada gunanya tau untuk anda.
[#]Cara nak guna: Hanya letakkan uncang teh hijau di mata dan biarkan selama 15-20 minit ( jangan letak uncang teh panas-panas tu dkt mata pulak. Tak pasal-pasal melecur pulak mata tu kihkihkih). Teh hijau dapat melembabkan kulit yang kering dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.
[=] Air beras
*Kenapa nenek kita tak membuang air beras selepas membasuh beras?
*Air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan proses penuaan. Ini adalah tip kecantikan klasik geishas di Jepun.
[#]Cara nak guna: Ambil kapas dan rendamkan dalam air berus dan sapu kapas ke muka sebagai toner atau pelembab wajah. Itu aje. Senang tak?
[=]Kunyit
*Petua kulit cantik bagi orang India dan Cina banyak menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ianya berfungsi sebagai antiseptik dan scrub muka.
[#]Cara nak guna: Hanya serbuk kunyit dengan susu dan sapu dibahagian muka selama 15 minit. Cuma selepas pakai tu kena sental elok-elok muka tu. nanti tak pasal-pasal jadi macam alien warna kuning hikhikhik.
[=] Arang
*Peminat kopi dan teh perlu baca betul-betul. Untuk menghilangkan kekuningan gigi amalkan mengosok gigi dengan arang.
[#]Cara nak guna: Caranya mudah je. Hanya tumbuk arang dengan sedikit garam dan gosok gigi dengan jari ( jangan telan tau).
*Arang tersebut akan menyerap kesan kekuningan pada gigi.
[=] Minyak kelapa
*Dulu-dulu nenek kita selalu buat minyak kelapa sendiri kan ? Selain untuk memasak minyak kelapa ini sangat best untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. Bagi anda yang mempunyai kulit kering dan gatal-gatal, minyak kelapa juga boleh digunakan.
[#]Cara nak guna: Hanya sapu pada rambut dan kulit yang bermasalah. Siapa yang dah memang kulit berminyak jangan nak try lak ya. nanti ada pula orang minyak versi wanita huhuhu.
[=] Oat
*Oat kaya dengan fiber dan sesuai di jadikan face mask.
[#]Cara nak guna: Caranya ambil oat campur dengan madu dan kisar halus. Selepas tu letakkan dimuka selama 15 minit. Amaran Keras: jangan buat masa perut korang lapar nanti korang makan oat tu pula.
[=] Lidah buaya atau Aloe Vera
*Kulit berparut adalah mimpi ngeri setiap wanita. Mujurlah ada lidah buaya yang nenek kita tanam.
[#]Cara nak guna: Hanya potong lidah buaya dan ambil lendir dan sapukan pada parut. Amalkan setiap hari dan sehingga hilang. murah dan sangat mudah.
P/S Tak perlu korang nak beli produk mahal mahal lagi dah. Amal kan je petua ni yee.