Wednesday, 9 December 2015
Filled Under:
Petua Orang Dulu-Dulu
10 Tips Untuk Hias Rumah Mudah Dan Jimat Yang Anda Mesti Kena Tahu
Posted By:
Unknown
on 08:50
Tips Hias Rumah Mudah dan Jimat Yang Anda Mesti Kena Tahu
[1] Cari Idea Dari Encik Google
=)Mulakan membuat rujukan tentang idea dekorasi mengikut kesesuaian minat dan citarasa kita seisi keluarga. Dengan cara ini , kita telah dapat membuat penjimatan terhadap kos melantik perunding hiasan dalaman professional.
=)Kita boleh dapat khidmat nasihat percuma dari Encik Google, Majalah hiasan dalaman, dan lagi satu adalah dengan cara berjalan-jalan serap idea ke rumah-rumah contoh yang disediakan oleh pemaju perumahan.
=)Idea-idea ini sememangnya dari orang-orang yang professional dalam menata rias. Jadi kita hanya perlu set kan mahu mencari idea yang berkonsepkan macam mana? Tropikal , Minimalis, Moden, Inggeris, Timur Tengah , mahupun “Mix & Match”.
[2] Tetapkan Budget mengikut kemampuan Anda
=)Setelah pilih konsep dan tema hiasan dalaman bagi kediaman, kita perlu berpijak di bumi nyata pula.
=)Tetapkan budget mengikut kemampuan. Setiap ruang kita berikan anggaran kos yang akan dibelanjakan. Misalnya ruang tamu maksimum RM5 ribu sahaja, ruang makan RM4 ribu, Bilik
Utama RM3 ribu dan seterusnya bilik-bilik yang lain. Oleh itu kita tidak perlu buang masa bila terpegang perabot yang harga yang tertera melebihi budget yang ditetapkan.
=)Teruskan mencari dan mencari, walau perlu keluar masuk beberapa kedai. Ini dapat menjimatkan kos dan dalam masa yang sama, pencarian barang sebegini lebih menjanjikan hasil yang lebih kreatif dan unik!
[3] Lagak sebagai Tetamu Di Rumah Sendiri
=)Pilih konsep sudah, budget pun sudah, sekarang kita mulakan menghias. Semasa menghias, lagaklah seperti tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Berdiri di depan muka pintu rumah dan melangkah masuk. Apa yang perlu ada dari pintu masuk hingga ke ruang-ruang lain?
=)Perlukah ruang masuk disekat dan membentuk “Foyer” terlebih dahulu? Atau tetamu boleh terus masuk dan duduk di sofa? atau perlu ada kerusi tetamu di bahagian lain yang berasingan dengan kerusi penghuni lain untuk berehat dan menonton TV? ini semua tuan rumah yang tetapkan.
[4] Berikan Nafas Baru Pada Perabot Lama@Antik
=)Tidak semestinya perabot yang lama perlu dibuang. Jika kelihatan usang, kita boleh baik pulih dan perbaikinya semula . Terutamanya kerusi dan sofa.
=)Sekarang banyak kedai baik pulih perabot boleh didapati. Mereka bukan sahaja boleh perbaiki rupa perabot kita malah kita boleh pilih fabrik dengan warna dan corak yang lain mengikut trend terkini bagi mengubah imej dan suasana rumah kita seolah-olah baru membeli perabot baru.
=)Bagi perabot yang lain, catkan dengan warna yang lain. Bagi kesan yang dramatik, warna kan dengan warna-warna terang. Jika sebelumnya gelap, diwarnakan terang. Jika warna sebelumnya terang, kita warnakan pula gelap. Terus sahaja ruang nampak lain. Tak percaya, cubalah !
[5] Rombak semula Susun atur Perabot Yang Bersepah
=)Cara yang paling berkesan dalam banyak-banyak cara ialah Rombak Semula susunatur Perabot berpandukan sumber rujukan yang diperoleh tadi dari internet, majalah mahupun rumah contoh yang dilawati.
=)Ubah titik tumpu kedudukan perabot tersebut. Jika asalnya menghadap dinding bahagian dalam, tukar pula susunan menghadap pintu masuk dan tingkap luar. Begitu pula sebaliknya. Cari satu titik tumpu misalnya perabot menghadap TV atau menghadap pemandangan luar tingkap.
=)Jika nak tahu, sebenarnya inilah yang selalu dilakukan oleh perunding hiasan dalaman di mana mereka mengubah suasana rumah dengan menukar titik tumpu dan susunatur perabot di rumah. Cuba macam-macam cara pasti seronok. Nah, kini kalian pun boleh jadi pakar hiasan dalaman. Percuma bukan?
[6] Warnakan Dinding Mengikut CitaRasa Anda
=)Fokus Utama dengan Warna Terang Duduk di muka pintu, dan pandang ke dalam ruang. Dinding manakah yang mula-mula terpandang? Dinding yang mula-mula kita terpandang dalam sesubuah ruang itu adalah dinding fokus utama. Dinding inilah yang perlu di terangkan. Cat kan dengan warna yang terang.
=)Untuk selamat, pilih warna-warna yang bertemakan alam semulajadi. Ini kerana ketika pening atau sakit tak lah terasa berat mata memandang dinding tersebut jika dibandingkan dengan dinding bewarna merah terang atau biru gelap misalnya. Namun, tidak jadi masalah untuk memilih warna sedemikian. Asalkan kalian memang gemar atau obses dengan warna tersebut. Sebabnya hari-hari nak kena pandang dinding tu kan
[7] Perabot Tampak Baru dengan Aksesori Bagi Nampak Seri
=)Lengkapkan perabot sedia ada dengan aksesori. Misalnya dahulu sofa yang ada suram dan kosong. Tambahkan kusyen dengan kain satin yang berkilat kemudian letakkan alas sofa dengan corak yang eksklusif. Di sebelah sofa yang ditepi tingkap, tukarkan langsir yang seirama dengan sofa atau yang kontra dari warna sofa. Hamparan baru dihamparkan di hadapan sofa bagi membelai kaki ketika duduk di sofa.
=)Letakkan meja kopi kecil dan lampu meja disebelah sofa. Di dinding atas nya letakkan lukisan atau bingkai gambar. Akhirnya sofa yang dahulunya sofa kini menjadi tempat rehat yang di idam-idamkan. Aksesori lebih mudah dan lebih murah untuk didapatkan.
=)Jadi , jangan sedih jika tidak ada budget untuk membeli perabot baru, gunakan budget yang ada untuk membeli, menukar dan menambah aksesori di sekeliling perabot sedia ada saja sudah cukup menjadikan perabot itu bergaya dan kelihatan baru.
[8] Gunakan Lampu Samar Dan Lampu Spotlight Untuk Mood
=)Saya namakan ia lampu samar iaitu lampu yang berwarna kuning. Ia sangat sesuai di pasang di malam hari bagi menaikkan suasana romantik, mengantuk dan menenangkan. Jika berpasangan, lampu ini membantu menjadikan suasana romantik, jika ada anak kecil , ia bantu menidurkan anak-anak berbanding terpasangnya lampu putih yang terang berderang, bagi orang-orang tua pula, mereka akan berasa rehat dan santai di malam hari dengan lampu kuning ini.
=)Pasang lampu samar bewarna kuning ini di siling, di dinding, di dalam kabinet mahupun di lantai bagi memancarkan efek dan mood yang dikatakan tadi. Ia sekaligus menjadikan suasana rumah lebih tenang dan eksklusif.
[9] Rawat Dinding Dengan Idea Anda Yang Kreatif
=)Boleh lakukan sesuatu yang kreatif pada dinding anda seperti meletakkan wall paper atau kertas yang mempunyai ciri yang menarik dan bersesuaian dengan tema yang dipilih.
=)Kertas dinding mampu menukar suasana dan juga keadaan rumah.
[10] Membeli Barangan Hiasan Ketika SALE
=)Terakhir sekali, belilah barangan hiasan rumah mahupun perabot ketika ada jualan murah. Tidak perlu berlagak kaya dengan membeli ketika tiada jualan murah melainkan ia memang murah.
=)Negara kita ada banyak musim perayaan dan ketika hampir musim perayaan pasti ada saja jualan murah diadakan.
=)Jualan murah hari raya lah, jualan murah tahun baru lah, jualan murah aidilfitri lah dan macam-macam lagi. Tunggu saja. Yang pasti siapa sabar, dia pasti untung. Pernah dengar tak ayat ini: ” Alah, untung nya engkau dapat beli pasu ni dengan harga murah, aku beli hari tu mahal” Jadi, bijak lah berbelanja dengan memilih ketika jualan murah berlangsung.