(1) Power Of Gratitude (Kuasa Bersyukur)
‘Jika kita benar-benar ingin menikmati hidup, mulailah dengan ucapan syukur setiap hari’
Terlalu banyak nikmat yang Allah Taala kurniakan kepada kita di dalam hidup ini. Nikmat iman dan Islam, nikmat kita masih lagi dapat bernafas, nikmat masa, nikmat rezeki yang kita peroleh, nikmat kesihatan, nikmat ilmu pengetahuan dan banyak lagi nikmat yang sudah pasti kita tidak dapat untuk menghitungnya.
Lihatlah apa yang kita ada, bukannya apa yang kita tiada. Nescaya kita sentiasa kaya iaitu kaya jiwa.
Mari kita bersyukur sebanyaknya dan menggunakan setiap nikmat yang kita ada dengan sepenuhnya untuk kebaikan kerana kita yakin janji Allah Taala :
“’Jika engkau bersyukur, pasti aku akan menambahkan nikmatku kepadamu, namun jika engkau kufur, ketahuilah bahawa azabku amat pedih’ ~ QS. Ibrahim:7
Adakah kita sudah bersyukur kepada-Nya pada hari ini?Alhamdulillah.
(2)Power Of Giving (Kuasa Memberi)
Jadikan tujuan utama hidup kita setiap hari adalah untuk memberi sebanyaknya dan bukan untuk menerima sebanyaknya. Memberi walaupun sedikit atau sekadar senyuman yang manis. Senyuman manis itu juga adalah sedekah.
Sudah ketetapan Allah Taala, semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan menerima.
Memberilah pada manusia sebanyaknya, dan meminta pada Allah Taala sebanyaknya.
Memberi tidaklah terhad pada wang semata-mata. Memberi dari segi ilmu, masa, tenaga dan pertolongan, sedekah dan sebagainya.
The more you give, the more you get
The more you share, the more you get
Orang yang sentiasa memberi, hidupnya sentiasa diberkati.
3. Power Of Focus (Kuasa Fokus)
Hidup kita dicorakkan oleh apa yang kita fokus setiap hari.
Fokus pada perkara yang baik dan positif, maka kita akan melihat perkara dan hasil yang positif. Situasi sebaliknya juga adalah benar.
Oleh itu, hanya fokus pada apa yang kita mahu, insyaAllah kita akan bekerja kearah apa yang kita mahukan.
Apa yang kita fikir juga adalah doa. Programkan sel otak dan minda bawah sedar kita “Saya Kaya & Berjaya”, insyaallah kita akan menjadi kaya dan berjaya.
4. Power Of Dreams (Kuasa Impian)
Impian akan menjadi kenyataan apabila kita menulisnya. Jika tidak, ia hanyalah angan-angan.
Tetapkan impian kita, apa yang kita hendak capai dalam hidup ini dan tulis di atas kertas. Lihat impian tersebut setiap hari dan gambarkan kita telah mencapai impian tersebut. Secara tidak langsung, minda bawah sedar kita akan bekerja untuk merealisasikan impian kita tadi.
Sudahkah anda tulis apakah 100 perkara yang anda ingin lakukan di dalam hidup ini?
5. Power Of Action (Kuasa Bertindak)
“You see, in life, lots of people know what to do, but few people actually do what they know. Knowing is not enough! You must take action.” – Anthony Robbins
Kita hari ini adalah hasil tindakan kita beberapa tahun yang lepas. Kita dalam 3 tahun atau 5 tahun akan datang adalah hasil tindakan kita pada hari ini.
Tetapkan tindakan yang kita perlu lakukan, jangan tunggu betul-betul sempurna baru ingin bertindak. Tetapi buat sahaja.
Pesan Dr. Azizan : Jangan percaya, buat je…Fast action, fast result!
‘Jangan menunggu waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu, karena waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yg menunggu.’
“You may never know what results come of your action, but if you do nothing there will be no result” – Mahatma Gandhi
Jika kita masih belum mampu bertindak, mungkin ilmu kita belum cukup lagi. Teruskan menambah ilmu samaada mencari mentor, membaca, mengikuti seminar, bengkel dan sebagainya.
6. Power Of Character (Kuasa Karakter)
Karakter yang baik dan menarik membuatkan orang lain tertarik terhadap kita. Peribadi kita, cara kita bertindak, cara kita berinteraksi dan melayan orang lain, cara berpakaian, dan wajah yang ceria adalah antara karakter yang mencerminkan peribadi kita.
Bina karakter dan watak diri yang positif untuk Kaya & Berjaya. Karakter dan akhlak terbaik yang kita perlu contohi adalah karakter dan watak peribadi nabi Muhammad S.A.W.
7. Power Of Emotion (Kuasa Emosi)
Orang yang kuat, adalah orang yang dapat mengawal emosi marahnya sebagaimana dalam hadis Nabi. Inilah peranan emosi.
Kawal emosi untuk kita mengawal diri supaya sentiasa dalam keadaan tenang. Bertindak dalam keadaan tenang, akan membuahkan hasil yang terbaik.
Untuk mengawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan tenang, hendaklah sentiasa berfikiran positif dan berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukan berfikir kesan atau akibat masalah yang dihadapi.
Amalkan berwuduk, berzikir dan membaca al-Quran. Kerana dengan mengingati Allah Taala, hati akan meniadi tenang.
8. Power Of Teamwork (Kuasa Kerjasama)
Tidak ada orang yang berjaya hanya dengan bersendirian. Kita perlukan bantuan orang lain untuk berjaya. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kerjasama amat penting dalam sesuatu pasukan. Kerja menjadi lebih cepat dan mudah apabila lebih ramai yang terlibat.
Kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Disinilah pentingnya kerjasama dan pembahagian tugas atau leverage.
9. Power Of Contribution (Kuasa Sumbangan)
Sumbangan termasuklah sumbangan ilmu, masa, tenaga, makanan, harta benda dan wang ringgit. Amalan memberi sumbangan dan berkhidmat kepada yang memerlukan akan menambah rezeki dan pahala kita.
Semoga kita menjadi golongan tangan yang diatas iaitu tangan yang memberi walaupun jumlahnya tidak banyak.
10. Power Of Attitude (Kuasa Sikap)
Sikap positif membuahkan keputusan yang positif. Untuk Kaya & Berjaya, kita perlu kaya dengan sikap positif bermula daripada cara fikir (mindset), cara hidup, kaya jiwa dan kaya harta.
Semoga kita dapat mengamalkan 10 tip menjadi Kaya & Berjaya ini. InsyaAllah.
Sumber:- DR.AZIZAN OSMAN