Wednesday 9 December 2015

Filled Under:

7 Resepi Smoothies Untuk Kuruskan Badan Yang Terbaikkkk









Saya kongsikan resepi smoothies untuk kuruskan badan yang sangat mudah hanya dalam masa 5 minit sudah boleh dinikmati..Jom kita buat.
1. Smoothies Avocado

Bahan-Bahannya ialah:-
1/2 biji Avocado
1 cawan nenas di potong dadu
1 cawan daun kale atau bayam
200ml susu rendah lemak
beberapa ketul ais (nak letak boleh tak nak letakpun boleh)
cara buat:-
kisarkan semua bahan dan boleh minum terus memang rasa fresh .Anggaran Kalori 400kcl sahaja.
2. Smoothies Bayam@Kale


Untuk membuang Toksin di dalam badan smoothies hijau adalah antara pilihan yang terbaik, dipenuhi dengan khasiat sayur sayuran dan juga vitamin dari buah-buahan.
Bahan-Bahannya ialah:-
1 cawan Sayur Kale atau pun Bayam boleh tukar juga dengan Batang saderi @timun
1 biji epal hijau
1 biji pisang
1/2 biji Avocado
1/2 cawan daun parsli
2 cawan air kosong
1/2 air lemon atau pun limau nipis
Cara Buat:-
Kisarkan Semua Bahan Sampai Sebati dan boleh terus minum.terasa kenikmatannya sampai titisan yang terakhir.
3. Smoothies Orange Kelapa

Bahan-Bahan
2 Biji orange
1 cawan air kelapa
1 biji epal hijau
beberapa helai daun bayam
1 sudu yogurt asli
Cara Buat:-
Kupas oren dan kisarkan bersama bahan lain sampai serasi bersama.minum terus lagi best rasa segar dan memang sedap .kalori minuman ini hanya dalam anggaran 250 kalori sahaja.
  4.Smoothies Epal Hijau

bahan-bahan:-
sebiji epal hijau
beberapa helai daun bayam @spinach hijau
sebiji limau nipis
sedikit halia
secawan air kosong
cara buat:-
kisarkan semua bahan dan akhir sekali perahkan asam limau dan boleh terus di minum. sangat mudah
5. Smoothies Nenas

Bahan-Bahan
1 cawan Bayam
1 cawan nenas yang dipotong dadu
1/2 cawan yogurt greek
sedikit serbuk kayu manis
jika ada chia seeds boleh juga letakkan
sedikit serbuk kunyit (sikit aje tau )
1/2 cawan jus lemon
2 cawan blueberries
1/2 cawan air atau susu
jika pekat boleh tambah air lagi tau
Smoothies ini boleh diamalkan sehari 1 gelas bagi minum petang atau pun waktu malam gantikan dengan makan malam. untuk kurus dengan sihat kita perlukan pemakanan yang sihat.
6. Smoothies Tembikai Halia

Jus ini sesuai untuk diamalkan waktu pagi ke boleh tengahari pun boleh sebab memang fresh .
Bahan-Bahan:-
1 cawan tembikai tiada biji
1/2 biji lemon di perah ya
1 cawan air kelapa
1 inci halia
itu aje bahan , nak buat lagi laa mudah cube blend semua siap terus minum , nak rasa sedap letak ais sikit.
7. Smoothies Betik & Daun Pudina

Bahan-Bahan
1 cawan Betik yang telah dipotong dadu
1/2 cawan susu
1/4 yogurt greek biasa saya guna
1 inci halia dicincang halus
3 helai daun Pudina
Cara buat:-
Masukkan halia dan daun pudina kisar dahulu dan masukkan betik dan paling akhir masukkan susu dan yogurt. Nak mudah masukkan semua terus aje blend lagi cepat siap.
P/S Boleh amalkan minum waktu petang atau pun waktu malam.Share ya..boleh org lain buat tau!