Monday 14 December 2015

Filled Under:

RESEPI DONUT ALA ALA BIG APPLE


Bahan-bahan untuk Donut Ala Ala Big Apple

[+]      1/2 kilogram tepung gandum

[+]       3 sudu makan marjerin

[+]       1/2 cawan susu pekat

[+]       Seketul mauripan sebesar ibu jari atau yis basah

[+]       Secawan air suam

[+]       1/2 sudu makan gula



Cara-cara untuk Membuat Donut Ala Big Apple

[+]       Campurkan air suam, yis, gula dan sedikit garam di dalam satu mangkuk.

[+]       Bahan-bahan tersebut perlu dipukul rata dan ketepikan.

[+]       Anda perlu biarkan bahan tersebut berbuih.

[+]       Sementara itu, ambil bekas lain dan masukkan tepung, marjerin dan susu pekat.

[+]       Anda perlu gaul rata sehingga bahan-bahan tersebut berderai.

[+]       Masukkan yis yang telah anda ketepikan tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tersebut.

[+]       Uli bahan-bahan tersebut sehingga menjadi doh.

[+]       Anda perlu leperkan adunan tersebut di  atas dulang dan tekapkan dengan acuan.

[+]       Anda boleh menggunakan cawan plastik sekiranya anda tidak mempunyai acuan.

[+]       Besar donut  tersebut bergantung kepada citarasa anda.

[+]       Biarkan beberapa minit sehingga doh naik.

[+]       Selepas doh naik, barulah anda boleh menggoreng donut tersebut dengan api yang sederhana.

[+]       Sekiranya donut anda sudah agak garing, angkat dan golekkan donut anda di  atas gula kaster.

[+]       Pastikan anda menggolekkan donut semasa donut anda masih panas supaya gulanya melekat.




Bahan-bahan untuk Krim Keju

[+]       1 cawan susu pekat

[+]       150 gram krim keju



Cara-cara untuk Membuat Krim Keju

[+]       Pukul kedua-dua bahan tersebut sehingga lembut dan sebati.

[+]       Kemudian,anda ambil donut anda dan oleskan keju tersebut di atasnya.

[+]       Anda boleh parutkan cheesedale sebagai hiasan di atasnya.



P/S Donut yang telah siap sedia boleh dihidangkan bersama coklat panas atau kopi atau teh mengikut citarasa masing-masing. Hidangan resepi donut big apple ini boleh dihidang semasa minum petang atau sebagai sarapan pagi anda. Selain itu, anda boleh menghidangkannya kepada tetamu yang hadir ke rumah anda