Tuesday, 8 December 2015

Filled Under:

Resepi Daging Hitam Manis Berempah Meletopsss



DAGING HITAM MANIS BEREMPAH MELETOPSSS


  • <>Bahan-bahannya ialah:



  1. >300gm daging batang pinang **Pastikan dihiris nipis dan di toskan



  • <>BAHAN-BAHAN A



  1. >1 sudu teh serbuk ketumbar
  2. >1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  3. >1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  4. >1 sudu besar kicap cair
  5. >1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nak lebih pedas
  6. >2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  7. >1/2 in halia ~ ditumbuk
  8. >1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
  9. >1 biji cili merah ~ dihiris
  10. >1 biji tomato ~ dipotong 6 atau 8
  11. >minyak




  • <>BAHAN-BAHAN B



  1. >1 sudu besar kicap pekat
  2. >3 sudu besar kicap manis
  3. >1 sudu besar sos tiram
  4. >1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis


<>CARA PENYEDIAANNYA:

>Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
>Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
>Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah.
>Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi.
>Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar.

**Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tapi kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging

>Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering.

**bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu

>Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
>Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas-panas