Monday 21 December 2015

RESEPI AYAM GORENG MASAK BEREMPAH CIK ZEE


\\\Bahan-Bahannya ialah:-

///1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
///5 ulas bawang putih*
///2 biji bawang besar*
///1 inci halia*
///5 batang serai*
///1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)*

*ditumbuk atau dikisar kering

///1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
///1 sudu besar serbuk cili
///1 sudu teh serbuk kunyit
///3 sudu besar tepung jagung
///1 biji telur
///1 tangkai daun kari
///Minyak untuk menggoreng.
///Garam secukup rasa

\\\Cara-Cara Untuk Memasak Ialah:-

///Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.

///Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

///Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.

///Selamat Mencuba Yee Uolls


PETUA UNTUK ANDA YANG MAHU KURUS TANPA BERBELANJA MAHAL


JANGAN BERLAPAR/ JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut.

{=}AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM ANDA MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.


{=}MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.



{=}ELAK MINUM MINUMAN YANG BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.



{=}KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


{=}AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


{=}MAKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.



{=}KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN YANG LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.



{=}MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


{=}CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.



{=}PILIH MAKANAN YANG BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



{=}PILIH MAKANAN BERBIJIRIN ATAU BERKACANG

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


{=}DIARI PEMAKANAN

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


{=}UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


{=}CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.



{=}PILIHAN PERKAKAS

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!



{=}TABIAT BERBELANJA

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


{=}KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

{=}AKTIVITI SAMPINGAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


{=}Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk anda langsing

1. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
2. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
3. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
4. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


RESEPI KENTANG PUTAR ALA-ALA KFC


Bahan-bahan Resepi untuk membuat Kentang Putar (Kentang):

<.>8 biji kentang
<.>1 kotak kecil susu segar
<.>sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
<.>secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

1. <.>Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
2. <.>Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
3. <.>Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. <.>Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. <.>Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.

Bahan-bahan Resepi untuk membuat Sos (Gravy) Kentang Putar:

<.>1 labu bawang besar (ditumbuk)
<.>2 ulas bawang putih (ditumbuk)
<.>4 sudu butter
<.>2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
<.>2 kiub ayam knorr
<.>secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
<.>2 1/2 cawan air

Cara-cara untuk membuatnya ialah:-

1. <.>Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel)
2. <.>Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. <.>Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. <.>Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. <.>Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. <.>Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.



PETUA UNTUK MENGHILANGKAN NAFAS BERBAU


Anda menghadapi masalah mulut berbau ? Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu dan segan untuk bercakap dengan orang ramai.

PETUA PERTAMA

 *Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

PETUA KEDUA

 *Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

PETUA KETIGA

 *Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

PETUA KEEMPAT

*Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

PETUA KELIMA

*Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

PETUA KEENAM

*Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.


RESEPI PULUT PANGGANG ISTIMEWA


Bahan-Bahan Untuk Pulut :

<>Beras pulut
<>Santan kelapa
<>Garam secukupnya
<>Daun pandan

Cara-cara untuk Membuat Pulut :

<>Cuci beras pulut dan toskan (dengan menggunakan air suam)
<>Letak beras pulut dalam loyang
<>Masukkan santan dalam loyang itu
<>Masukkan garam dan daun pandan
<>Kacau sehingga larut garam dalam beras pulut yang bersantan itu
<>Kemudian masukkan dalam pengukus yang telah di didihkan airnya
<>Tutup penutup pengukus dan kukus hingga masak pulutnya

Bahan-Bahan Untuk Serunding Kelapa :

<>Kelapa parut
<>Bawang merah
<>Bawang putih
<>Serai - diracik halus
<>Halia
<>Cili kering - direbus
<>Udang kering - direndam
<>Jintan manis
<>Jintan putih
<>Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
<>Bancuhan air asam jawa
<>Serbuk kunyit - sedikit

Cara-cara untuk Membuat Serunding Kelapa :

<>Blend bawang merah, bawang putih, serai, halia, udang kering, jintan manis, jintan putih dan cili kering yang telah direbus
<>Tumis bahan yang diblend tadi hingga naik bau
<>Masukkan kepala parut, serbuk kunyit, garam, gula, ajinomoto dan bancuhan air asam jawa
<>Kacau hingga serunding menjadi kering dan ringan
Angkat dan biarkan sejuk dahulu sebelum di letak pada pulut

Bahan-Bahan Untuk membuat Serunding Ikan :

<>Ikan - direbus, buang tulang
<>Lada kering - direbus
<>Halia
<>Bawang merah
<>Bawang putih
<>Serai - racik halus
<>Garam, gula dan ajinomoto
<>Asam keping

Cara-cara untuk Membuat Serunding Ikan :

<>Blend lada kering, halia, serai, asam keping, isi ikan, bawang merah dan bawang putih sehingga hancur
<>Tuangkan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali
<>Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
<>Masak dengan menggunakan api sederhana
<>Kacau hingga serunding masak dan kering
<>Angkat dan sejukkan sebelum di letak pada pulut panggang

Bahan-Bahan Untuk membuat Pulut Panggang :

<>Pulut - yang telah dikukus / dimasak
<>Inti serunding ikan/ serunding kelapa
<>Daun pisang - dipotong 4 segi panjang dan dilayur
<>Marjerin atau minyak masak
<>Lidi atau stapler

Cara-cara untuk Membuat Pulut Panggang :

<>Daun pisang yang telah dipotong dan dilayur di letakkan di atas meja
<>Sapukan marjerin atau minyak masak di atas permukaan daun pisang itu
<>Ambil 2 sudu besar pulut
<>Ratakan di atas daun pisang tadi
<>Ambil 1 atau 2 sudu makan serunding kelapa / serunding ikan
<>Letakkan di tengah-tengah pulut tadi
<>Tutup inti pulut panggang dengan temukan kedua-dua hujung pulut supaya ia tertutup
<>Gulungkan daun pisang dengan rapat
<>Sematkan hujung daun pisang dengan lidi atau staplerkan
<>Letak pulut panggang di atas kuali leper
<>Bakar dengan api sederhana
<>Balik-balikkan supaya pulut panggang dapat dimasak dengan sekata


PETUA UNTUK KENCING MANIS


(*)Bendi dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Jika anda ada penyakit kencing manis, cuba amalkan petua ini.

(*)cara cara untuk merawat:-

(*)Ambil 2 batang bendi, kerat bahagian atas dan bawah. Kelar-kelar bahagaian tengah kedua-dua bendi dan masukkan ke dalam gelas berisi air. Tutup gelas dan biarkan semalaman pada suhu bilik. Keesokan paginya keluarkan bendi dari gelas dan minum air tersebut sebelum sarapan pagi. Amalkan setiap hari. Anda akan lihat hasil bacaan gula menurun dalam masa 2 minggu.

in sha allah berkesan


RESEPI CREAM PUFF YANG LEMBUT, GEBU DAN SEDAP



Bahan-bahan untuk buat puff

( untuk menghasilkan 35 biji )

(^)125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
(^)100 gm butter
(^)250 ml air
(^)1 sudu teh gula
(^)1 sudu teh esen vanila
(^)3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tapi kalau saiz kecil jadikan 4 biji tau)

Bahan-bahan untuk buat filling Kastard
(dibuat terlebih dahulu sebelum puffnya)

(^)2 sudu besar tepung gandum[*]
(^)2 sudu besar tepung jagung[*]
(^)8 sudu besar gula[*]
(^)2 cup susu segar (240ml X2)
(^)2 biji telur (L size)
(^)1 sudu teh esen vanila
(^)2 sudu besar mentega
(^)secubit pewarna kuning

Cara-cara untuk buat filling

1.(^)Masukkan bahan bertanda [*] ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2.(^)Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan
kacau.
3. (^)Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau

4. (^)sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.


Cara-cara untuk buat puff

1. (^)Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Sejukkan

2. (^)Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung .campurkan sampai sebati.

3. (^)Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang

4. (^)Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.

5. (^)Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan buka oven sebelum tamat tempoh tau.kalau tak memang puff turun melepet

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling