Sunday, 13 December 2015

Filled Under:

14 Tips Remaja Untuk Menjaga Daripada Jerawat Tumbuh Di Muka


(1) Pastikan wajah anda sentiasa dalam keadaan BERSIH.

(2) Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL-TEBAL di wajah.

(3) Bersihkan wajah anda dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.

(4) CUCI wajah anda sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

(5) Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi.

(6) Anda patut Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

(7) Jagalah kebersihan rambut dan tangan anda. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

(8) elok Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.

(9) seelok-eloknya Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

(10) Lindungi kulit anda dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

(11) Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.

(12) Kurangkan pemakaian SKARF dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.

(13) Dapatkan NASIHAT doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

(14) Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.