Monday, 21 December 2015
RESEPI AYAM GORENG MASAK BEREMPAH CIK ZEE
Posted By:
Unknown
on 12:01
\\\Bahan-Bahannya ialah:-
///1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
///5 ulas bawang putih*
///2 biji bawang besar*
///1 inci halia*
///5 batang serai*
///1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)*
*ditumbuk atau dikisar kering
///1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
///1 sudu besar serbuk cili
///1 sudu teh serbuk kunyit
///3 sudu besar tepung jagung
///1 biji telur
///1 tangkai daun kari
///Minyak untuk menggoreng.
///Garam secukup rasa
\\\Cara-Cara Untuk Memasak Ialah:-
///Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
///Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
///Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.
///Selamat Mencuba Yee Uolls
PETUA UNTUK ANDA YANG MAHU KURUS TANPA BERBELANJA MAHAL
Posted By:
Unknown
on 11:53
JANGAN BERLAPAR/ JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG
Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut.
{=}AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM ANDA MAKAN
Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.
{=}MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI
Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
{=}ELAK MINUM MINUMAN YANG BERKARBONAT
Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
{=}KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
{=}AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
{=}MAKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
{=}KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN YANG LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
{=}MAKAN DENGAN KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
{=}CUCI MULUT
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
{=}PILIH MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
{=}PILIH MAKANAN BERBIJIRIN ATAU BERKACANG
Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
{=}DIARI PEMAKANAN
Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
{=}UTAMAKAN KESIHATAN
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
{=}CARA MASAKAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
{=}PILIHAN PERKAKAS
Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
{=}TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
{=}KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
{=}AKTIVITI SAMPINGAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
{=}Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk anda langsing
1. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
2. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
3. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
4. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
RESEPI KENTANG PUTAR ALA-ALA KFC
Posted By:
Unknown
on 11:45
Bahan-bahan Resepi untuk membuat Kentang Putar (Kentang):
<.>8 biji kentang
<.>1 kotak kecil susu segar
<.>sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
<.>secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
1. <.>Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
2. <.>Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
3. <.>Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. <.>Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. <.>Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
Bahan-bahan Resepi untuk membuat Sos (Gravy) Kentang Putar:
<.>1 labu bawang besar (ditumbuk)
<.>2 ulas bawang putih (ditumbuk)
<.>4 sudu butter
<.>2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
<.>2 kiub ayam knorr
<.>secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
<.>2 1/2 cawan air
Cara-cara untuk membuatnya ialah:-
1. <.>Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel)
2. <.>Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. <.>Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. <.>Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. <.>Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. <.>Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.
PETUA UNTUK MENGHILANGKAN NAFAS BERBAU
Posted By:
Unknown
on 11:33
Anda menghadapi masalah mulut berbau ? Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu dan segan untuk bercakap dengan orang ramai.
PETUA PERTAMA
*Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
PETUA KEDUA
*Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.
PETUA KETIGA
*Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.
PETUA KEEMPAT
*Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.
PETUA KELIMA
*Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.
PETUA KEENAM
*Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.
RESEPI PULUT PANGGANG ISTIMEWA
Posted By:
Unknown
on 11:22
Bahan-Bahan Untuk Pulut :
<>Beras pulut
<>Santan kelapa
<>Garam secukupnya
<>Daun pandan
Cara-cara untuk Membuat Pulut :
<>Cuci beras pulut dan toskan (dengan menggunakan air suam)
<>Letak beras pulut dalam loyang
<>Masukkan santan dalam loyang itu
<>Masukkan garam dan daun pandan
<>Kacau sehingga larut garam dalam beras pulut yang bersantan itu
<>Kemudian masukkan dalam pengukus yang telah di didihkan airnya
<>Tutup penutup pengukus dan kukus hingga masak pulutnya
Bahan-Bahan Untuk Serunding Kelapa :
<>Kelapa parut
<>Bawang merah
<>Bawang putih
<>Serai - diracik halus
<>Halia
<>Cili kering - direbus
<>Udang kering - direndam
<>Jintan manis
<>Jintan putih
<>Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
<>Bancuhan air asam jawa
<>Serbuk kunyit - sedikit
Cara-cara untuk Membuat Serunding Kelapa :
<>Blend bawang merah, bawang putih, serai, halia, udang kering, jintan manis, jintan putih dan cili kering yang telah direbus
<>Tumis bahan yang diblend tadi hingga naik bau
<>Masukkan kepala parut, serbuk kunyit, garam, gula, ajinomoto dan bancuhan air asam jawa
<>Kacau hingga serunding menjadi kering dan ringan
Angkat dan biarkan sejuk dahulu sebelum di letak pada pulut
Bahan-Bahan Untuk membuat Serunding Ikan :
<>Ikan - direbus, buang tulang
<>Lada kering - direbus
<>Halia
<>Bawang merah
<>Bawang putih
<>Serai - racik halus
<>Garam, gula dan ajinomoto
<>Asam keping
Cara-cara untuk Membuat Serunding Ikan :
<>Blend lada kering, halia, serai, asam keping, isi ikan, bawang merah dan bawang putih sehingga hancur
<>Tuangkan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali
<>Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
<>Masak dengan menggunakan api sederhana
<>Kacau hingga serunding masak dan kering
<>Angkat dan sejukkan sebelum di letak pada pulut panggang
Bahan-Bahan Untuk membuat Pulut Panggang :
<>Pulut - yang telah dikukus / dimasak
<>Inti serunding ikan/ serunding kelapa
<>Daun pisang - dipotong 4 segi panjang dan dilayur
<>Marjerin atau minyak masak
<>Lidi atau stapler
Cara-cara untuk Membuat Pulut Panggang :
<>Daun pisang yang telah dipotong dan dilayur di letakkan di atas meja
<>Sapukan marjerin atau minyak masak di atas permukaan daun pisang itu
<>Ambil 2 sudu besar pulut
<>Ratakan di atas daun pisang tadi
<>Ambil 1 atau 2 sudu makan serunding kelapa / serunding ikan
<>Letakkan di tengah-tengah pulut tadi
<>Tutup inti pulut panggang dengan temukan kedua-dua hujung pulut supaya ia tertutup
<>Gulungkan daun pisang dengan rapat
<>Sematkan hujung daun pisang dengan lidi atau staplerkan
<>Letak pulut panggang di atas kuali leper
<>Bakar dengan api sederhana
<>Balik-balikkan supaya pulut panggang dapat dimasak dengan sekata
PETUA UNTUK KENCING MANIS
Posted By:
Unknown
on 11:12
(*)Bendi dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Jika anda ada penyakit kencing manis, cuba amalkan petua ini.
(*)cara cara untuk merawat:-
(*)Ambil 2 batang bendi, kerat bahagian atas dan bawah. Kelar-kelar bahagaian tengah kedua-dua bendi dan masukkan ke dalam gelas berisi air. Tutup gelas dan biarkan semalaman pada suhu bilik. Keesokan paginya keluarkan bendi dari gelas dan minum air tersebut sebelum sarapan pagi. Amalkan setiap hari. Anda akan lihat hasil bacaan gula menurun dalam masa 2 minggu.
in sha allah berkesan
RESEPI CREAM PUFF YANG LEMBUT, GEBU DAN SEDAP
Posted By:
Unknown
on 11:07
Bahan-bahan untuk buat puff
( untuk menghasilkan 35 biji )
(^)125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
(^)100 gm butter
(^)250 ml air
(^)1 sudu teh gula
(^)1 sudu teh esen vanila
(^)3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tapi kalau saiz kecil jadikan 4 biji tau)
Bahan-bahan untuk buat filling Kastard
(dibuat terlebih dahulu sebelum puffnya)
(^)2 sudu besar tepung gandum[*]
(^)2 sudu besar tepung jagung[*]
(^)8 sudu besar gula[*]
(^)2 cup susu segar (240ml X2)
(^)2 biji telur (L size)
(^)1 sudu teh esen vanila
(^)2 sudu besar mentega
(^)secubit pewarna kuning
Cara-cara untuk buat filling
1.(^)Masukkan bahan bertanda [*] ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2.(^)Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan
kacau.
3. (^)Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau
4. (^)sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.
Cara-cara untuk buat puff
1. (^)Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Sejukkan
2. (^)Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung .campurkan sampai sebati.
3. (^)Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. (^)Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
5. (^)Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan buka oven sebelum tamat tempoh tau.kalau tak memang puff turun melepet
6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling
DOA PEMBUKA REZEKI DI PAGI HARI DALAM BAHASA RUMI
Posted By:
Unknown
on 10:56
ayuh Aamiinkan doa Ini, Untuk dapatkan rezeki dari segala penjuru
Allahumma Shalli ala
sayyidina muhammadin adada
anwa' ir- rizqi wal futuhat . Ya basithal ladzi yabsuthur -rizqa
limay yasya 'u bighairi hisab ,ubsuth ' alayya rizqan katsiram min kulli jihatim min khaza ini ini rizqika bighairi minnatim ma makhluqim bifadhilika wakaramika wa ala alihi washahbihi wasallam.
Muhammad segsls macam rezeki . Wahai Zat yang meluaskan rezeki kepada orang yang dihendaki tanpa hisab. Luaskan dan banyaklah rezeki-MU tanpa pemberian dari makhluk , berkat kemurahanMU juga, dan limpahkanlah pula rahmat dan salam atas keluarga dan para sahabat beliau. "
Aamiin Allahumma Aamiin..
Sertakan "Aamiin" agar anda menjadi bahagian yang turut berdoa. Semoga doa-doa yang kita panjatkan akan semakin meningkatkan iman dan menguatkan langkah perjalanan hidup kita.
Insya Allah bermanfaat
Friday, 18 December 2015
DOA PEMBUKA APA-APA YANG TERTUTUP (MESTI BACA)
Posted By:
Unknown
on 18:56
DOA PEMBUKA APA-APA YANG TERTUTUP
- *1) Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh & amal jariah.
- *2) Hati yang tertutup untuk menerima nasihat.
- *3) Pintu rezeki yang dirasakan seperti tertutup.
- *4) Minda @ akal yang dirasakan seperti tertutup.
- *5) Hati yang tertutup utk berkahwin.
Surah al Fath
- [1+] Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
- [2+]Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
- [3+]Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
- [4+](Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
- [5+](Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan – ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);
- Share
Monday, 14 December 2015
RESEPI DONUT ALA ALA BIG APPLE
Posted By:
Unknown
on 01:12
Bahan-bahan untuk Donut Ala Ala Big Apple
[+] 1/2 kilogram tepung gandum
[+] 3 sudu makan marjerin
[+] 1/2 cawan susu pekat
[+] Seketul mauripan sebesar ibu jari atau yis basah
[+] Secawan air suam
[+] 1/2 sudu makan gula
Cara-cara untuk Membuat Donut Ala Big Apple
[+] Campurkan air suam, yis, gula dan sedikit garam di dalam satu mangkuk.
[+] Bahan-bahan tersebut perlu dipukul rata dan ketepikan.
[+] Anda perlu biarkan bahan tersebut berbuih.
[+] Sementara itu, ambil bekas lain dan masukkan tepung, marjerin dan susu pekat.
[+] Anda perlu gaul rata sehingga bahan-bahan tersebut berderai.
[+] Masukkan yis yang telah anda ketepikan tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan tersebut.
[+] Uli bahan-bahan tersebut sehingga menjadi doh.
[+] Anda perlu leperkan adunan tersebut di atas dulang dan tekapkan dengan acuan.
[+] Anda boleh menggunakan cawan plastik sekiranya anda tidak mempunyai acuan.
[+] Besar donut tersebut bergantung kepada citarasa anda.
[+] Biarkan beberapa minit sehingga doh naik.
[+] Selepas doh naik, barulah anda boleh menggoreng donut tersebut dengan api yang sederhana.
[+] Sekiranya donut anda sudah agak garing, angkat dan golekkan donut anda di atas gula kaster.
[+] Pastikan anda menggolekkan donut semasa donut anda masih panas supaya gulanya melekat.
Bahan-bahan untuk Krim Keju
[+] 1 cawan susu pekat
[+] 150 gram krim keju
Cara-cara untuk Membuat Krim Keju
[+] Pukul kedua-dua bahan tersebut sehingga lembut dan sebati.
[+] Kemudian,anda ambil donut anda dan oleskan keju tersebut di atasnya.
[+] Anda boleh parutkan cheesedale sebagai hiasan di atasnya.
P/S Donut yang telah siap sedia boleh dihidangkan bersama coklat panas atau kopi atau teh mengikut citarasa masing-masing. Hidangan resepi donut big apple ini boleh dihidang semasa minum petang atau sebagai sarapan pagi anda. Selain itu, anda boleh menghidangkannya kepada tetamu yang hadir ke rumah anda
3 Cara untuk "Tarik" Rezeki Cara Islam
Posted By:
Unknown
on 00:50
Rezeki, Allah yang pegang..Minta dengan Dia dulu..
(1) Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
[+]Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.“
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
2. Menarik Rezeki dengan Berdoa
[+]Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
[+]Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
6 Tips Mengurangkan Stress Dan Masalah
Posted By:
Unknown
on 00:30
1) Mengurangkan Stress dengan Bersenam.
[+]Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.
Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.
Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2) Mengurangkan Stress dengan Tidur.
[+]Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.
Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.
Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)
3) Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga
[+]Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.
Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.
Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.
4) Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran
[+]Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.
Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.
Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.
Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini. Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.
Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi. Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.
Learning is not only entertaining, it’s also empowering—both of which are good for battling stress.
[+]Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.
Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.
Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.
Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.
5) Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni
[+]Saya sangat sukakan fotografi. Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.
Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.
Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.
Jadi apa minat anda?
6) Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur
[+]Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Pasti Anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya. Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.
Nota :-
Tidak semua stress itu buruk.
Mengejar deadlines, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress. Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa. Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri. Jika tidak kita akan burn out.
Resepi Cekodok Pisang
Posted By:
Unknown
on 00:18
Bahan-bahannya ialah:-
(1)3 biji pisang saiz besar (guna pisang cavendish pun boleh juga)
(2)1/2 cawan tepung beras
(3)1/4 cawan tepung gandum
(4)1 sudu teh soda bikarbonat
(5)Secubit garam
(6)1 sudu besar gula
Cara-caranya adalah:-
1) Lenyekkan pisang.
2) Campurkan tepung gandum, tepung beras, soda, garam dan gula ke dalam pisang yg telah dilenyekkan tadi.
3) Biarkan selama 30 minit.
4) Panaskan minyak.
5) Guna 1 sudu untuk mengambil adunan jemput-jemput. Manakala 1 sudu lagi digunakan untuk tolak adunan jatuh kedalam minyak. Buat dengan cepat. Supaya jemput-jemput yang dihasilkan bulat2 dan kecil molek.
6) Goreng dgn menggunakan api sederhana sehingga masak.
7) Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidang
Sunday, 13 December 2015
7 Tips Yang Patut KIta Contohi Bagaimana cara hidup yang diamalkan RASULULLAH SAW
Posted By:
Unknown
on 22:08
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah saw yang perlu kita sebagai umat Islam contohi? Mencontohi Baginda bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi saw terhindar daripada penyakit, tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.
Nota:- Rasulullah saw sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit (maaf). Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:-
(1) Selalu bangun sebelum Subuh.
^Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
(2) Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan.
^Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
(3) Tidak pernah makan berlebihan.
^Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
^Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
^Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.
(4) Gemar berjalan kaki.
^Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.
^Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
(5) Tidak pernah iri hati.
^Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa:
“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
(6) Tidak pemarah.
^Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.
^Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
^Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.
(7) Pemaaf.
^Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
^Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada masa-masa yang mendatang.
Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Punya Cara
Posted By:
Unknown
on 21:24
Bahan-bahannya ialah :
[+]600 gm daging
[+]2 - 3 inci kunyit hidup - tumbuk
[+]1-2 sudu besar serbuk kunyit
[+]2 inci halia - hiris nipis
[+]3 ulas bawang putih - hiris nipis
[+]2 ulas bawang besar
[+]Kacang panjang atau kacang buncis (jika anda suka)
[+]Cili merah - hiris nipis
[+]Minyak secukupnya
[+]Garam
Cara-caranya ialah :
[+]Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
[+]Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)
[+]Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang ada yang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.
[+]Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!
Sumber:-Eny Abdullah
14 Tips Remaja Untuk Menjaga Daripada Jerawat Tumbuh Di Muka
Posted By:
Unknown
on 20:53
(1) Pastikan wajah anda sentiasa dalam keadaan BERSIH.
(2) Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL-TEBAL di wajah.
(3) Bersihkan wajah anda dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.
(4) CUCI wajah anda sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
(5) Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi.
(6) Anda patut Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
(7) Jagalah kebersihan rambut dan tangan anda. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
(8) elok Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.
(9) seelok-eloknya Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih
(10) Lindungi kulit anda dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
(11) Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.
(12) Kurangkan pemakaian SKARF dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.
(13) Dapatkan NASIHAT doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.
(14) Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.
RESEPI MEE KARI SODAP
Posted By:
Unknown
on 04:02
(*)Bahan-Bahan Untuk Tumis:-
[+]1 senduk minyak masak
[+]2 batang kulit kayu manis
[+]3 kuntum bunga lawang
[+]5 kuntum bunga cengkih
[+]3 tangkai daun kari
[+]2 batang serai di titik
(*)Bahan-Bahan Untuk Di Kisar:-
[+]4 ulas bawang putih
[+]10 ulas bawang merah
[+]2 batang serai ~ ambil bahagian perdu yang putih sahaja
[+]1 inc lengkuas
[+]2 inc halia
[+]3 biji buah keras
[+]1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar
[+]20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut kemudian kisar
[+]4 sudu besar rempah kari daging BABAS
(*)Bahan-Bahan Stock:-
[+]1/2 kg udang basah
[+]1/2 kg udang bahagi 2. Satu bahagian buang kulit dan kepala asingkan isinya. Kulit di rebus.
[+]Kemudian di kisar dan tapis
[+]Air tapisan pula kisar bersama isi udang
[+]1 bahagian lagi kita buang kepala dan belah belakang buang urat hitam ~ ketepikan
(*)Bahan-Bahan Perisa:-
[+]1 buku gula Melaka
[+]3 keping asam keping
[+]300 ml santan
[+]1 kiub daging
[+]1 kiub ikan bilis
[+]garam dan gula secukup rasa
(*)Bahan-Bahan lain:-
[+]1/2 kg daging batang pinang ~ hiris nipis
[+]fish ball
10 Tip Untuk Kaya Dan Berjaya By Dr Azizan Osman
Posted By:
Unknown
on 03:35
(1) Power Of Gratitude (Kuasa Bersyukur)
‘Jika kita benar-benar ingin menikmati hidup, mulailah dengan ucapan syukur setiap hari’
Terlalu banyak nikmat yang Allah Taala kurniakan kepada kita di dalam hidup ini. Nikmat iman dan Islam, nikmat kita masih lagi dapat bernafas, nikmat masa, nikmat rezeki yang kita peroleh, nikmat kesihatan, nikmat ilmu pengetahuan dan banyak lagi nikmat yang sudah pasti kita tidak dapat untuk menghitungnya.
Lihatlah apa yang kita ada, bukannya apa yang kita tiada. Nescaya kita sentiasa kaya iaitu kaya jiwa.
Mari kita bersyukur sebanyaknya dan menggunakan setiap nikmat yang kita ada dengan sepenuhnya untuk kebaikan kerana kita yakin janji Allah Taala :
“’Jika engkau bersyukur, pasti aku akan menambahkan nikmatku kepadamu, namun jika engkau kufur, ketahuilah bahawa azabku amat pedih’ ~ QS. Ibrahim:7
Adakah kita sudah bersyukur kepada-Nya pada hari ini?Alhamdulillah.
(2)Power Of Giving (Kuasa Memberi)
Jadikan tujuan utama hidup kita setiap hari adalah untuk memberi sebanyaknya dan bukan untuk menerima sebanyaknya. Memberi walaupun sedikit atau sekadar senyuman yang manis. Senyuman manis itu juga adalah sedekah.
Sudah ketetapan Allah Taala, semakin banyak kita memberi semakin banyak kita akan menerima.
Memberilah pada manusia sebanyaknya, dan meminta pada Allah Taala sebanyaknya.
Memberi tidaklah terhad pada wang semata-mata. Memberi dari segi ilmu, masa, tenaga dan pertolongan, sedekah dan sebagainya.
The more you give, the more you get
The more you share, the more you get
Orang yang sentiasa memberi, hidupnya sentiasa diberkati.
3. Power Of Focus (Kuasa Fokus)
Hidup kita dicorakkan oleh apa yang kita fokus setiap hari.
Fokus pada perkara yang baik dan positif, maka kita akan melihat perkara dan hasil yang positif. Situasi sebaliknya juga adalah benar.
Oleh itu, hanya fokus pada apa yang kita mahu, insyaAllah kita akan bekerja kearah apa yang kita mahukan.
Apa yang kita fikir juga adalah doa. Programkan sel otak dan minda bawah sedar kita “Saya Kaya & Berjaya”, insyaallah kita akan menjadi kaya dan berjaya.
4. Power Of Dreams (Kuasa Impian)
Impian akan menjadi kenyataan apabila kita menulisnya. Jika tidak, ia hanyalah angan-angan.
Tetapkan impian kita, apa yang kita hendak capai dalam hidup ini dan tulis di atas kertas. Lihat impian tersebut setiap hari dan gambarkan kita telah mencapai impian tersebut. Secara tidak langsung, minda bawah sedar kita akan bekerja untuk merealisasikan impian kita tadi.
Sudahkah anda tulis apakah 100 perkara yang anda ingin lakukan di dalam hidup ini?
5. Power Of Action (Kuasa Bertindak)
“You see, in life, lots of people know what to do, but few people actually do what they know. Knowing is not enough! You must take action.” – Anthony Robbins
Kita hari ini adalah hasil tindakan kita beberapa tahun yang lepas. Kita dalam 3 tahun atau 5 tahun akan datang adalah hasil tindakan kita pada hari ini.
Tetapkan tindakan yang kita perlu lakukan, jangan tunggu betul-betul sempurna baru ingin bertindak. Tetapi buat sahaja.
Pesan Dr. Azizan : Jangan percaya, buat je…Fast action, fast result!
‘Jangan menunggu waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu, karena waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yg menunggu.’
“You may never know what results come of your action, but if you do nothing there will be no result” – Mahatma Gandhi
Jika kita masih belum mampu bertindak, mungkin ilmu kita belum cukup lagi. Teruskan menambah ilmu samaada mencari mentor, membaca, mengikuti seminar, bengkel dan sebagainya.
6. Power Of Character (Kuasa Karakter)
Karakter yang baik dan menarik membuatkan orang lain tertarik terhadap kita. Peribadi kita, cara kita bertindak, cara kita berinteraksi dan melayan orang lain, cara berpakaian, dan wajah yang ceria adalah antara karakter yang mencerminkan peribadi kita.
Bina karakter dan watak diri yang positif untuk Kaya & Berjaya. Karakter dan akhlak terbaik yang kita perlu contohi adalah karakter dan watak peribadi nabi Muhammad S.A.W.
7. Power Of Emotion (Kuasa Emosi)
Orang yang kuat, adalah orang yang dapat mengawal emosi marahnya sebagaimana dalam hadis Nabi. Inilah peranan emosi.
Kawal emosi untuk kita mengawal diri supaya sentiasa dalam keadaan tenang. Bertindak dalam keadaan tenang, akan membuahkan hasil yang terbaik.
Untuk mengawal emosi supaya sentiasa dalam keadaan tenang, hendaklah sentiasa berfikiran positif dan berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Bukan berfikir kesan atau akibat masalah yang dihadapi.
Amalkan berwuduk, berzikir dan membaca al-Quran. Kerana dengan mengingati Allah Taala, hati akan meniadi tenang.
8. Power Of Teamwork (Kuasa Kerjasama)
Tidak ada orang yang berjaya hanya dengan bersendirian. Kita perlukan bantuan orang lain untuk berjaya. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Kerjasama amat penting dalam sesuatu pasukan. Kerja menjadi lebih cepat dan mudah apabila lebih ramai yang terlibat.
Kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara dengan sendiri. Disinilah pentingnya kerjasama dan pembahagian tugas atau leverage.
9. Power Of Contribution (Kuasa Sumbangan)
Sumbangan termasuklah sumbangan ilmu, masa, tenaga, makanan, harta benda dan wang ringgit. Amalan memberi sumbangan dan berkhidmat kepada yang memerlukan akan menambah rezeki dan pahala kita.
Semoga kita menjadi golongan tangan yang diatas iaitu tangan yang memberi walaupun jumlahnya tidak banyak.
10. Power Of Attitude (Kuasa Sikap)
Sikap positif membuahkan keputusan yang positif. Untuk Kaya & Berjaya, kita perlu kaya dengan sikap positif bermula daripada cara fikir (mindset), cara hidup, kaya jiwa dan kaya harta.
Semoga kita dapat mengamalkan 10 tip menjadi Kaya & Berjaya ini. InsyaAllah.
Sumber:- DR.AZIZAN OSMAN
KEK BATIK NESTUM THORBAEKK
Posted By:
Unknown
on 02:51
BAHAN-BAHANNYA IALAH:-
1) 300gm coklat compound
2) 400gm biskut marie HWA TAI ( biskut brand ni barulah sedap )
3) 1/2 cawan coco powder
4) 3 sudu besar gula pasir
5) 1 tin susu cair
6) 1 sudu besar butter ( guna sudu makan )
7) 3 x 1/2 cawan nestum
CARA-CARANYA IALAH:-
1) Biskut marie dipatah 2
2) satukan coklat compound, coco powder, gula pasir, susu cair dalam satu kuali, buka api dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati
3) kacau sehingga adunan coklat mendidih, baru masukkan butter dan kacau sehingga butter cair
4) masa tahap ni, pastikan adunan coklat betul-betul mendidih lama sikit nak bagi pekat sebelum masukkan biskut marie.kacau selalu
5) kemudian, baru masukkan biskut marie dan gaul sehingga semua biskut disalut dengan coklat sehingga rata
6) tutup api dan baru masukkan nestum sikit -sikit, itu sebab buat 3 x 1/2 cawan. letak 1/2 cawan gaul rata dan letak lagi 1/2 cawan dan 1/2 cawan seterusnya .tak nak nestum digaul di tempat yang sama.. nestum kan cepat melekat.
7) tuang dalam loyang empat segi 8 x 8 " ..ratakan dan tekan biar padat .sejukkan semalaman baru potong
NOTA PENTING:-
guna loyang empat segi 8 x 8 "
lepas biskut digaul rata dengan coklat masih ada lagi lebihan coklat, curahkan nestum dekat ada lebihan coklat tu ya sambil gaul rata.
untuk ratakan dan padatkan biskut tu dengan gunakan cling wrap menutupi permukaan atas loyang dan tekan dan ratakan biar padat.. tujuannya nak elakkan biskut tu melekat kat sudip, jadi bila buat macam ni tak adalah nak bila nak tekan tu asyik melekat jer
Petua Untuk Nampak "BABYFACE" Gitteewww
Posted By:
Unknown
on 02:25
{+}Makan makanan bernutrisi
<.>Apakah makanan bernutrisi tu? contoh macam buahan.. sila makan buah buahan yang mencukupi untuk korang kelihatan awet muda.. buah buahan jugak mengandungi anti oksidan yang tinggi..
{+}Minum air mencukupi
<.>Jangan di biarkan diri anda tidak mendapat air yang mencukupi.. kalau boleh bawak air kemana sahaja korang pergi, ikat kat pinggang.. badan kita memerlukan air yang mencukupi untuk melakukan semua aktiviti dalaman.. pengambilan lapan gelas sehari adalah disarankan.. ingat 70% daripada komposisi badan kita adalah daripada air..
{+}Elakkan sinaran matahari berlebihan
<.>Satu perkara yang korang perlu ingat, elakkan diri korang daripada terkena sinaran matahari yang lama dan banyak.. jangan biarkan diri korang berjemur di bawah pancaran matahari yang terik.. sebab ia boleh merosakkan lapisan kulit korang.. tapi perlu korang tahu jugak, sinaran matahari diwaktu pagi adalah baik..
{+}Lakukan perkara yang korang gemari
<.>Ikhlaskan lah diri anda untuk melakukan sesuatu perkara.. jangan memaksa diri korang untuk menerima segalanya di depan mata. kalau tak suka tinggalkan.. jika korang merasa terpaksa ia akan menyebabkan korang tertekan seterusnya korang akan mengalami stress.. stress mempengaruhi emosi korang dan ia boleh menyebabkan korang kelihatan tua daripada usia sebenar.. senyum, ikhlas ingat itu...
{+}Berfikiran positif
<.>Korang harus perlu berfikiran positif dalam apa jua hal yang berlaku pada diri korang, selagi ia tidak mengancam diri korang.. korang jugak perlu tahu bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. then barula diri korang menjadi lebih bersemangat dan ceria..
P/S Bagus kan tips kat atas tu. tak payah beli products yang mahal mahal lagi dah. original, terpulang daripada diri korang untuk mengamalkannya. ok good luck.
Sumber:Puan Norrita Abdullah
Kuih Keria By Azie Kitchen
Posted By:
Unknown
on 02:12
#Bahan bahannya ialah:-
[+]Ubi keledek - rebus & tumbuk
[+]Tepung gandum secukupnya
#Cara caranya adalah:-
[+]Satukan ubi yang ditumbuk dengan tepung gandum sehingga adunan boleh dibentuk. Jika masih lembik dan susah untuk dibulatkan, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit.
[+]Ambil adunan sebesar bola ping pong. Bulat bulatkan dan kemudian dileperkan. Kemudian buat lubang di tengah tengahnya.
[+]Goreng dengan api perlahan sehingga keperangan. Boleh angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sedia untuk disira dengan air gula.
#Sira Kuih Keria:-
[+]3 sudu besar gula
[+]2 sudu besar air
[+]Secubit tepung gandum - opsyenal
#Cara-Caranya ialah:-
[+]Panaskan gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih. Masukkan kuih keria yang telah disejukkan dan dikacau rata rata.
[+]Apabila air gula bersalut rata di kuih keria, taburkan sedikit tepung gandum supaya ia tahan lama dan tidak mudah cair.
[+]Terus dikacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih. Tutup api dan bolehlah dikeluarkan dari kuali.
Sumber:- Azie Kitchen
9 Petua Nenek Berguna Untuk Wanita
Posted By:
Unknown
on 00:41
(1)petua Tegangkan Payudara
=) Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
(2)petua Menghaluskan Kulit Muka
=) Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
(3)petua Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
=) Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
(4)petua Menghilangkan Bau Mulut
=) Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
(5)petua Menghilangkan Lebam Mata
=) Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
(6)petua Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
=) Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
(7)petua Mengelak Santau
=) Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
(8)petua Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
=) Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.
(9)Menghilangkan Sakit Kepala
=) Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'
Posted By:
Unknown
on 00:11
Resepi : Kak Shuhaini Shuhairi
FB Sumber : Haida Rifqi FB
Bahan :-
- 400 gm coklat kompound - potong kasar
- 150 gm mentega
- 100 gm gula perang
- 100 gm gula kastor
- 4 biji telur
- 1 sdk perasa vanila
- 100 gm tepung naik sendiri*
- 30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak
Cara-caranya:-
1) Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2) Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3) Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4) Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5) Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6) Tuang dalam loyang dan ratakan.
7) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8) Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9) Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.
Nota :-
1- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
2- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
3- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
4- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.
Saturday, 12 December 2015
8 Cara-Cara Putihkan Kulit Menggunakan Gula
Posted By:
Unknown
on 21:42
8 Cara-Cara Putihkan Kulit Menggunakan Gula
=}saya kongsikan satu lagi petua memutihkan kulit muka. Hanya gunakan gula pasir ataupun gula perang aje
(1) Basuh dan bersihkan muka anda dulu daripada segala kekotoran dengan air bersih.
(2) Kemudian, lapkan muka dengan tisu basah jika ada. Kalau tiada, lapkan dengan tuala lembut yang bersih.
(3) Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai.
(4) Sapukan campuran tersebut ke muka anda secara lembut.
(5) Sambil menyapu, urut kulit muka anda secara membulat sekitar 5-10 minit.
(6) Lepas tu, biarkan ia seketika dalam 10 minit.
(7) Seterusnya, bilas muka anda untuk menghilangkan sisa gula tadi.
(8) Akhir sekali, bilas muka anda buat kali kedua dengan air sejuk bagi menutup liang pori yang terbuka.
=}Amalkan cara ini seminggu sekali sehinggalah kulit anda secerah yang diinginkan.
P/S Selamat Mencuba!
Friday, 11 December 2015
Resepi Pecal@Gado-Gado
Posted By:
Unknown
on 23:38
[+]Bahan-Bahan yang di perlukan:
[+]Isi Pecal :–
- =]Kangkung dicelur
- =]Pucuk Paku dicelur
- =]Pucuk Ubi dicelur
- =]Kacang Panjang dicelur
- =]Sengkuang potong kecil
- =]Tauhu Basah digoreng dan dipotong
- =]Meehoon dicelur
- =]Timun potong kecil
[+]Kuah Pecal :–
- =]Kacang Tanah
- =]Belacan
- =]Lada Kering
- =]Udang Kering
- =]Halia dan limau kasturi
- =]Perasa seperti garam dan gula
- =]Bawang (putih, besar dan kecil)
- =]Air
[+]Cara Membuat:-
(1) Bahan isi pecal mudah disediakan, hanya celur dan toskan.
(2) Untuk membuat kuahnya pula, semua bahan-bahan kuah perlu digoreng dahulu dan dikisar.
(3) Sebelum itu kisar kacang dahulu berasingan dengan bahan lain. Kisar kacang dengan air sehingga halus.
(4) Masukkan kacang kisar dalam mangkuk dan kisar pula bahan-bahan lain seperti bawang, halia, belacan, udang kering dan lada kering yang digoreng tadi.
(5) Campur bahan tadi bersama kacang yang di blend kacau dan tambah perasa seperti garam dan gula. Jika kuah agak pekat, tambah air panas dan kacau.
(6) Potong limau kasturi dan perahkan ke dalam kuah dan kacau.
(9) Bila kuah sudah siap, hidangkan bersama bahan-bahan yang sudah dicelur tadi.
koleksi doa untuk ibu mengandung
Posted By:
Unknown
on 01:10
1. QS. Ali Imran 35-36
Doa pertama yang harus ibunda baca adalah Qur'an Surat Ali Imran 35-36. Doa untuk ibu hamil yang satu ini memberikan hikmah yang luar biasa pada janin bayi kita. Semak bacaan doa untuk ibu mengandung di bawah ini.
"Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii, Innaka antas sami'ul alim". (QS. Ali Imran 35-36)
ertinya ialah :
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat kerana itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku mohon perlindungan untuknya dan keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau dari syaitan yang terkutuk".
2. Doa Keselamatan Untuk Ibu Hamil
Doa ibu hamil yang kedua adalah untuk memohon keselamatan, baik itu untuk keselamatan si ibu sendiri berserta janin yang dikandungnya. Semak bacaan Al-Qur'an lazimnya :
"Bismillahhirrahmaanir rahiim, Alhamdu lillaahi rabbil’aalamiin, Allaahumma shalli alaa sayyidinaa Muhammad, Thibbil quluubi wadawaaihaa, Wa'aafiyatil abdaani wa syifaa ihaa, Wanuuril abshaari wa dhiyaa ihaa, Waquutil arwaahi wagidzaa ihaa, Wa’alaa aalihi washahbihi wabaarik wa sallim".
Kemudian di bawah ini:
"Allaahummahfazh waladaha maa daama fii bathnihaa, Washfihii ma'a ummihi antasysyaafii laa syifaaa illaa syifaa uka syifaa an laa yugoodiru saqoman, Allaahumma shawwirhu fii bathnihaa shuurotanhasanatan, Watsabbit qolbahu iimaanan bika wabiraa suulika, Allaahumma akhrijhu min bathni ummihi waqta walaada tihaa sahlan wasaliiman, Aaamin yaa robbal 'alamin".
erti dari doa ibu mengandung untuk keselamatan:
"Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Ya Allah tambahkanlah kesejahteraan kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW Sebagai pengubat dan penawar hatiku, penyihat dan penyegar badanku. Sebagai sinar dan cahaya pandangan mata. Sebagai penguat dan santapan rohani. Dan kepada keluarganya dan para sahabatnya berikanlah keberkatan dan keselamatan".
"Ya Allah semoga Engkau lindungi bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya. Dan semoga Engkau memberikan kepada bayi dan ibunya Allah yang memberi kesihatan. Tidak ada kesihatan selain kesihatan Allah, kesihatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain. Ya Allah semoga Engkau ciptakan bayi ini dalam kandungan ibunya dgn rupa yang bagus Dan semoga Engkau tanamkan hatinya bayi ini iman kepada-Mu ya Allah dan kepada Rasul-Mu".
3. QS. Ali Imran 38
Doa ibu hamil yang terakhir adalah QS. Ali Imran 38, dimana doa ini bertujuan supaya mendapatkan keturunan yang baik aqidah serta akhlaknya. Semak bacaan di bawah ini:
"Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi'uddu'aa".
ertinya : "Ya Allah berikanlah kepadaku dari sisi-Mu keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau adalah pendengar permohonan(doa)".
5 Petua yang patut anda amalkan
Posted By:
Unknown
on 00:53
1)Petua Rambut beruban
+Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
2)Petua Melebatkan tumbuh rambut
+Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.
3)Petua Membuang tahi lalat hidup
+Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.
4)Petua Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
+Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
5)Petua Menghilangkan kesan jerawat
Resepi Puding Roti Yang Ter Sangatlah Ohsemm
Posted By:
Unknown
on 00:40
=)Bahan bahan yang anda perlu sediakan:-
(+)6 keping roti Gardenia (potong cube)
(+)2 cawan susu segar
(+)1/2 cawan gula kaster
(+)1 sudu besar mentega
(+)1/4 sudu kecil garam
(+)2-3 biji telur (pukul ringan)
(+)1 sudu kecil esen vanilla
(+)Sedikit kismis
(+)Sedikit serbuk kayu manis
=)Cara cara untuk membuatnya:-
(+)Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.
(+)Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.
(+)Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.
(+)Tuang ke dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.
(+)Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam.
(+)Sedia untuk dihidangkan.
Petua Orang Tua Yang Kita Boleh Amalkan
Posted By:
Unknown
on 00:22
(_)Petua Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
Anda Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buat sebanyak 3 kali sehari.
(_)Petua Bau mulut
Anda Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
(_)Petua Resdung
Anda Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
(_)Petua mengurangkan rabun mata
Anda Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
(_)Petua Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
(_)Petua Perut Memulas
Anda Ambil Pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
Sardin Masak Lemak Cili Api berapi kebabomm
Posted By:
Unknown
on 00:01
[+]Bahan bahan yang diperlukan adalah:-
[+]1 tin ikan sardine mackerel
[+]2 cawan santan pkat
[+]1 biji bwg besar
[+]1 helai daun kunyit
[+]4 biji ubi kntg
[+]Garam secukup rase
Bahan-bahan untuk tumbuk:
[+]4 biji cili api
[+]2 cm kunyit hidup
Cara cara membuat adalah:-
[+]Kupas semua ubi kentang dan bawang besar serta dipotong empat.
[+]Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan daun kunyit. Guna kan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara perlahan-lahan dan tak pecah minyak. Biar kan ubi kentang masak sampai empuk.
[+]Masukkan semua ikan sardin makeral dan kuah nya sekali, kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata.
[+]Akhir sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam sikit.
[+]lepas dah siap semua boleh lah hidang kan dengan nasi putih
Wednesday, 9 December 2015
7 Resepi Smoothies Untuk Kuruskan Badan Yang Terbaikkkk
Posted By:
Unknown
on 12:19
Saya kongsikan resepi smoothies untuk kuruskan badan yang sangat mudah hanya dalam masa 5 minit sudah boleh dinikmati..Jom kita buat.
1. Smoothies Avocado
Bahan-Bahannya ialah:-
1/2 biji Avocado
1 cawan nenas di potong dadu
1 cawan daun kale atau bayam
200ml susu rendah lemak
beberapa ketul ais (nak letak boleh tak nak letakpun boleh)
cara buat:-
kisarkan semua bahan dan boleh minum terus memang rasa fresh .Anggaran Kalori 400kcl sahaja.
2. Smoothies Bayam@Kale
Untuk membuang Toksin di dalam badan smoothies hijau adalah antara pilihan yang terbaik, dipenuhi dengan khasiat sayur sayuran dan juga vitamin dari buah-buahan.
Bahan-Bahannya ialah:-
1 cawan Sayur Kale atau pun Bayam boleh tukar juga dengan Batang saderi @timun
1 biji epal hijau
1 biji pisang
1/2 biji Avocado
1/2 cawan daun parsli
2 cawan air kosong
1/2 air lemon atau pun limau nipis
Cara Buat:-
Kisarkan Semua Bahan Sampai Sebati dan boleh terus minum.terasa kenikmatannya sampai titisan yang terakhir.
3. Smoothies Orange Kelapa
Bahan-Bahan
2 Biji orange
1 cawan air kelapa
1 biji epal hijau
beberapa helai daun bayam
1 sudu yogurt asli
Cara Buat:-
Kupas oren dan kisarkan bersama bahan lain sampai serasi bersama.minum terus lagi best rasa segar dan memang sedap .kalori minuman ini hanya dalam anggaran 250 kalori sahaja.
4.Smoothies Epal Hijau
bahan-bahan:-
sebiji epal hijau
beberapa helai daun bayam @spinach hijau
sebiji limau nipis
sedikit halia
secawan air kosong
cara buat:-
kisarkan semua bahan dan akhir sekali perahkan asam limau dan boleh terus di minum. sangat mudah
5. Smoothies Nenas
Bahan-Bahan
1 cawan Bayam
1 cawan nenas yang dipotong dadu
1/2 cawan yogurt greek
sedikit serbuk kayu manis
jika ada chia seeds boleh juga letakkan
sedikit serbuk kunyit (sikit aje tau )
1/2 cawan jus lemon
2 cawan blueberries
1/2 cawan air atau susu
jika pekat boleh tambah air lagi tau
Smoothies ini boleh diamalkan sehari 1 gelas bagi minum petang atau pun waktu malam gantikan dengan makan malam. untuk kurus dengan sihat kita perlukan pemakanan yang sihat.
6. Smoothies Tembikai Halia
Jus ini sesuai untuk diamalkan waktu pagi ke boleh tengahari pun boleh sebab memang fresh .
Bahan-Bahan:-
1 cawan tembikai tiada biji
1/2 biji lemon di perah ya
1 cawan air kelapa
1 inci halia
itu aje bahan , nak buat lagi laa mudah cube blend semua siap terus minum , nak rasa sedap letak ais sikit.
7. Smoothies Betik & Daun Pudina
Bahan-Bahan
1 cawan Betik yang telah dipotong dadu
1/2 cawan susu
1/4 yogurt greek biasa saya guna
1 inci halia dicincang halus
3 helai daun Pudina
Cara buat:-
Masukkan halia dan daun pudina kisar dahulu dan masukkan betik dan paling akhir masukkan susu dan yogurt. Nak mudah masukkan semua terus aje blend lagi cepat siap.
P/S Boleh amalkan minum waktu petang atau pun waktu malam.Share ya..boleh org lain buat tau!
Subscribe to:
Posts (Atom)