Alvin Tan'mohon maaf' kesat najis guna helaian Al-Quran
#SHAH ALAM SELANGOR: Blogger kontroversi ini, Alvin Tan yang mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memuat naik gambarnya mengesat najis dengan helaian Al-Quran, tampil memohon maaf secara terbuka.
#Permohonan maaf itu dimuat naik dalam laman Facebook beliau, sebentar tadi, dengan turut disertakan serangkap pantun.
#"Saya di sini hendak memohon ampun dan maaf daripada seluruh umat Islam Malaysia dengan seikhlas-ikhlasnya atas perbuatan saya yang sangat biadab.
#"Pisang emas dibawa berlayar, masak sebiji di atas peti, kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati. Sekian, terima kasih. Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh," tulisnya empat jam lalu.
#Di samping ucapan permohonan maaf itu, Alvin turut menulis "Kita masih kawan kan?"
#Tidak dapat dipastikan, permohonan maaf itu dibuat sekadar berbentuk sindiran atau tidak.
#Alvin semalam memuat naik gambarnya mengesat najis dengan helaian Al Quran, yang dilihat sengaja mengundang kemarahan umat Islam di negara ini, yang kemudiannya menjadi viral di internet.
#Perbuatan tersebut bukanlah cubaan kali pertama blogger itu mencari 'publisiti murahan' dengan memuat naik status atau gambar yang bersifat provokatif dan hinaan.
#Siri 'hinaannya' bermula apabila memuat naik gambarnya bersama Bak Kut Teh dengan kapsyen 'Selamat berbuka puasa dengan bak kut teh.. wangi enak dan menyelerakan'.
#April lalu, beliau sekali lagi bertindak biadap apabila merakam lagu azan bertajuk 'Muslim Call to Prayer-Azan' dengan melaungkan azan berlatarkan alunan piano, sambil tidak berbaju.
#Blogger itu kini melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk memohon suaka di negara berkenaan, bagi mengelakkannya dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan ekoran posting berbaur hinaan di laman sosial sebelum itu.