Monday, 30 November 2015

Siapa ada duit lama RM1.00 boleh jual dengan harga yang lumayan sekali!!


Siapa ada duit lama RM1.00 boleh jual dengan harga yang lumayan sekali!!

Duit kertas RM1.00 ni merupakan duit yang paling standard semua orang penah mengunakanya. Nilai muka yang rendah & paling banyak di cetak oleh BANK NEGARA, popular sebagai duit raya nak bagi dekat budak-budak yang datang beraya di rumah. Duit RM1 mula dicetak dengan siri-1 hingga siri-6.

Kemudian duit rm1.00 dihentikan disebabkan masa itu duit rm2.00 diperkenalkan. Rm1.00 mula diperkenalkan kembali bermula Siri-10 sampai la sekarang. Kalau collectors nak memiliki koleksi duit RM1.00 ikut siri saja tidak la makan modal banyak sangat. Cuma yang paling makan modal nak cari RM1.00 Siri - 10 Ali Abul Hassan (ramai orang kata sign aishah & harga memang boleh kaya bila dijual). Tapi bila collection dah lengkap, mamang sangat puas hati. Even condition duit-duit dalam koleksi admin cuma cukup-cukup makan saja tapi aku mamang puas hati dapat simpan ikut siri ini.



Kalau korang nak jual duit rm1.00 korang boleh lah ke page ini untuk menjual duit lama korang tu.

Klik disini ->> Beli Duit Lama


Assalamualaikum Sesiapa yang mempunyai gambar arwah dalam keadaan berkafan dapat menurunkan gambar-gambar tersebut media sosial demi menghormati perasaan keluarga arwah Saya Hafeez Akmal mewakili pihak keluarga arwah @Yus_Jambu ingin memaklumkan arwah telah selamat di kebumikan di kampung halaman beliau jam 2 petang tadi .. BACA LAGI : KEJADIAN SEBENAR-BENARNYA YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA TERJAWAB!


Assalamualaikum Sesiapa yang mempunyai gambar arwah dalam keadaan berkafan dapat menurunkan gambar-gambar tersebut media sosial demi menghormati perasaan keluarga arwah

Saya Hafeez Akmal mewakili pihak keluarga arwah @Yus_Jambu ingin memaklumkan arwah telah selamat di kebumikan di kampung halaman beliau jam 2 petang tadi ..

BACA LAGI : KEJADIAN SEBENAR-BENARNYA YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA TERJAWAB!

Saya juga memohon supaya sesiapa yang mempunyai gambar arwah dalam keadaan berkafan dapat menurunkan gambar-gambar tersebut media sosial demi menghormati perasaan keluarga arwah ..

BACA LAGI : Respon Dari Jihan Muse Selepas Gambarnya Tidak Memakai Tudung Ketika Melawat Pak Yus Di Hina.

Saya memohon agar kita dapat menghormati keluarga arwah yang dalam kesedihan..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

BACA LAGI : LUAHAN SAYU AYAH YUS JAMBU MENGENAI ARWAH ANAKNYA ITU..

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 beriman ..
Al-fatihah


Sunday, 29 November 2015

Resepi dan Cara Buat Puding Kek Berlapis


Resepi dan Cara Buat Puding Kek Berlapis

Bahan-bahan Puding Kek Berlapis:

  • [+]...300 gm kek coklat lembab

Lapisan Tengah

  • [+]...30 g tepung kastad
  • [+]...1 biji kuning telur
  • [+]...600 ml air
  • [+]...150 ml susu cair
  • [+]...100 g gula pasir
  • [+]...1 camb serbuk agar-agar
  • [+]...Sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas Kek Berlapis

  • [+]...30 gm tepung jagung
  • [+]...500 ml air
  • [+]...150 ml susu segar
  • [+]...50 g gula pasir
  • [+]...1 camb serbuk agar-agar
  • [+]...100 g coklat putih, dihiris
  • Cara membuat Puding Kek Berlapis
  • [+]...1. Hiris nipis kek dan alas pada dasar loyang 22 cm.
  • [+]...2. Lapisan tengah: Larutkan tepung kastad, kuning telur dan sedikit air. Tuangkan ke dalam periuk.
  • [+]...3. Masukkan baki air, susu cair, gula, serbuk agar-agar dan pewarna kuning ke dalam periuk.
  • [+]...4. Kacau campuran puding di atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.
  • [+]...5. Angkat dan tuangkan ke atas kek tadi.
  • [+]...6. Lapisan atas: Satukan semua bahan kecuali coklat putih. 

Kacau atas api perlahan hingga pekat. Kek Berlapis

  • [+]...7. Angkat dan campurkan coklat putih. Bila larut, tuangkan ke atas lapisan tengah.
  • [+]...8. Biar sejuk kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.   
Selamat mencuba dan jangan lupa share yerr..


Respon Dari Jihan Muse Selepas Gambarnya Tidak Memakai Tudung Ketika Melawat Pak Yus Di Hina.


Rakyat malaysia pada ketika ini sedia maklum berita kehilangan pelawak terkenal pak yus telah meningalkan kita semua, Dan semestinya Jihan Muse adalah rakan yang paling rapat dengan pelawak tersebut, satu gambar Jihan Muse tanpa memakai tudung mengundang kritikan dan hinaan di laman media sosial.

BACA LAGI : KEJADIAN SEBENAR-BENARNYA YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA TERJAWAB!

Sesetengah netizen yang menyatakan Jiham Muse tidak menghormati pemergian pak yus. jom kita baca respon dari Jihan Muse pula..

jihanmuseDaripada baca rumors marilah kita sama2 bacakan Al Fatihah dan sebagainya di atas pemergian sahabat/saudara kita @yus_jambu76 . Jenazah Allahyarham pakyus akan dimandikan,kafan dan solat di hospital selayang dan akan dibawa pulang ke perlis utk dikebumikan.. Al Fatihah.. Pakyus.......

BACA LAGI : LUAHAN SAYU AYAH YUS JAMBU MENGENAI ARWAH ANAKNYA ITU..




LUAHAN SAYU AYAH YUS JAMBU MENGENAI ARWAH ANAKNYA ITU..


'Bukan merajuk tapi tak ada kerja!!' - Yus Raja Lawak Mega.

@#>SEBAIK saja dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim pertama tiga tahun lalu, nama Yussry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus boleh dianggap sepi apabila kemunculannya di persada seni tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya yang lain seperti Zizan razak, Nabil ahmad dan Kumpulan Sepahtu yang jauh lebih popular berbanding dirinya sendiri.....

BACA LAGI : FOTO  PELIK SEBELUM ALLAHYARHAM YUS MENINGGAL DUNIA

@#>Kecewa dengan tawaran yang tidak kunjung tiba, Yus dilaporkan membawa dirinya pulang ke kampung, dia dikhabarkan merajuk dengan industri hiburan yang seolah-olah meminggirkan dirinya, beliau umpama anak tiri di gelanggang Raja Lawak Mega! Hampir dua tahun Yus menyepikan dirinya sehingga ada dakwaan yang mengatakan Yus sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni tanah air!..

@#>Tidak cukup dengan itu, Yus juga dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yang dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya. Justeru, Yus dianggap tidak menghargai hadiah yang diperoleh hasil daripada undian peminatnya, sekali gus mengundang pelbagai perspektif negatif di mata orang ramai. Selain berdepan kesempitan hidup gara-gara tidak banyak peluang berlakon, Yus juga dikatakan dipinggirkan saudara kandungnya sendiri. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin itu? Kesempatan bertemu Yus di Bachok, Kelantan, baru-baru ini, cuba merungkai segala persoalan terhadapnya ketika Yus diberi peluang memegang watak pelakon pembantu menerusi telefilem Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya.....

>>@# “Nak kata merajuk tu tidaklah sampai begitu sekali, tapi saya ambil keputusan pulang ke kampung sebab tak ada tawaran berlakon, tak ada job! Selepas menang Raja Lawak memang ada tawaran, tapi selepas tu lama saya tak ada job. Saya pun fikir-fikir, nak duduk di Kuala Lumpur ni, kos sara hidup tinggi, lebih baik saya balik kampung, bukannya merajuk......

“Memang saya rasa terkilan sebab tak ada job, sedih... Tawaran tu bukannya tak banyak, tapi memang tak ada langsung! Persembahan Gempaq Selebriti Astro, ada juga saya diundang tiga, empat kali, tapi selepas itu dah tak ada lagi. Ada kalanya saya terkejut juga sebab tak ada job langsung. Orang kata saya kekurangan dari segi fizikal, sebab tu tak ada tawaran, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, bagi saya apa yang berlaku ni, rezeki tak memihak kepada saya.....

“Saya pun ada peminat tersendiri, mungkin pada ketika itu memang betul saya tak ada rezeki. Mungkin juga orang tak panggil saya berlakon sebab tak ada karakter sesuai dengan diri saya. Dah tak ada apa-apa yang boleh saya buat di Kuala Lumpur, saya baliklah ke Perlis. Saya buat kerja lama sayalah, mengajar tarian atau main teater,” katanya....
Yus juga menjelaskan, dia menetap semula di kampung agak lama iaitu kira-kira dua tahun selepas tak ada langsung peluang diberikan kepadanya....

“Justeru, saya nak perbetulkan tanggapan orang, selama dua tahun saya balik ke Perlis, bukannya merajuk kepada industri seni, sebaliknya saya tak diberikan peluang langsung. Saya tak mampu tinggal di Kuala Lumpur. Saya pun bukan orang senang, saya pun dah tak ada keluarga, mak ayah dah tak ada.....

“Dulu kalau sesak-sesak boleh jugalah minta duit daripada mereka. Kalau di Perlis, kos sara hidupnya rendah, setakat RM2 dah boleh makan. Kalau tak cukup makan, rumah jiran-jiran di kampung, bolehlah saya tumpang makan, tapi kalau di Kuala Lumpur, mana ada orang nak bagi saya makan...

“Kadang-kadang kalau di kampung, ada show, bayar sekadar RM300 pun saya ambil, tak ada masalah. Bagi saya, RM300 pun dah besar sangat. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan nasib, atau rasa diri ini anak tiri, sebaliknya saya lebih percaya kepada rezeki, memang rezeki tidak memihak kepada diri saya. Rezeki itu memang ada, tapi pada ketika itu, Tuhan menurunkan rezeki kepada orang lain,” katanya.

Yus akui, rakan seperjuangannya seperti Zizan dan Johan, lebih menonjol berbanding dirinya ketika ini tetapi beliau tidak kisah atau berasa cemburu sebab percaya rezeki itu hak masing-masing.

“Lagipun Zizan dan Johan menyerlah dalam bidang pengacaraan, manakala saya lebih terarah ke bidang lakonan. Bagi saya rezeki masing-masing, perjalanan seni ini masih jauh, ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya pula kita di bawah,” katanya.

Merempat selepas bergelar juara Raja Lawak

“SEBELUM ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.

“Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.

“Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis. Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.

“Bukannya saya tidak menghormati perasaan peminat sehingga tekad menjual kereta berkenaan, sebaliknya saya benar-benar kesempitan wang. Tak ada tempat nak bergantung. Saya hidup merempat, lebih-lebih lagi apabila saya kehilangan orang tua. Saya akui, dulu memang abang-abang saya tak ambil tahu perihal diri saya, tapi sekarang ni Alhamdulillah, ikatan silaturahim itu sudah kembali jernih.

“Dulu memang saya terkilan, abang-abang saya tidak mempedulikan diri saya. Memang saya sedih, sebaik kehilangan orang tua, saya pernah berpuasa dan berhari Raya seorang diri selama beberapa tahun. Saya menangis seorang diri apabila saudara kandung sendiri tidak ambil pusing mengenai diri saya. Tapi, berkat kesabaran, hubungan yang dingin itu, dapat dipulihkan semula.

“Sekarang saya lihat rezeki pemenang Raja Lawak musim terbaru seperti Wan, Achoe dan Idlan lebih terbuka luas. Sebaik saja mereka dinobatkan sebagai juara dan naib juara, terus mereka dapat tawaran berlakon, itu rezeki mereka. Pada masa sama, saya dipanggil untuk membintangi drama bersiri dan telefilem Tiga Budak Botak sebagai pelakon pembantu, jadi itu rezeki saya,” kata Yus.

Info Yussry


  1. NAMA SEBENAR: Yussry Edoo
  2. NAMA PANGGILAN: Pak Yus
  3. TARIKH LAHIR: 15 Mac 1976
  4. ASAL: Kampung Nesam, Batu Pahat, Perlis
  5. KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
  6. PENCAPAIAN: Juara Raja Lawak Astro musim pertama (2007)
  7. FILEM: Seram (belum tayang)
  8. DRAMA: Amit, Gerabak, Nurul Iman, Hanya Tuhan Yang Tahu, Caca Marba, Gitu-Gitu Apek, Tiga Budak Botak dan Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya
  9. TEATER: Sri Mersing


KEJADIAN SEBENAR-BENARNYA YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA TERJAWAB!


#@>Pelawak yang cukup menghiburkan kita dengan lawak spontannya, Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo dikhabarkan telah meninggal dunia sekitar jam 12.15 tengah malam tadi tadi di Hospital Selayang selepas mengalami  sesak nafas kerana serangan jantung.....
Beritu itu disahkan sendiri oleh rakan karib beliau Tauke Jambu melalui akaun Instagram miliknya......

BACA LAGI : LUAHAN SAYU AYAH YUS JAMBU MENGENAI ARWAH ANAKNYA ITU..

#@>Malah, Afdlin Shauki juga turut menyampaikan berita tersebut di akaun Facebook miliknya....


#@>Sehingga kini masih belum ada kemaskini terbaru tentang pemergian Yus. Ramai yang terkejut dan seakan tidak percaya dengan berita ini.  Takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.....


Friday, 27 November 2015

PETUA MERAHKAN BIBIR SECARA SEMULA JADI


PETUA MERAHKAN BIBIR Secara Semula Jadi

Mari kita tengok beberapa CARA MERAHKAN BIBIR 

Madu


  • ~1-MADU


-Menggunakan madu -sapukan madu ke bibir ,paling berkesan sapukan pada bibir sebelum tidur dan biarkan sehingga pagi,keesokan hari nya baru la dicuci dengan air yang bersih .
UBAT GIGI
  • ~2-UBAT GIGI 
-Cara paling sesuai untuk diamalkan sebab semua rumah pasti ada ubat gigi kan ?
Melainkan anda tidak kisah dengan kesihatan gigi dan mulut berbau... hehe
Cara menggunakan ubat gigi ini ialah dengan sapu sedikit ke bibir kita dan biarkan beberapa ketika sebelum cuci dengan air.Amal kan selalu jika mahu hasil yang memuaskan .

TOMATA
  • ~3-TOMATA
-Mula -mula hiriskan tomato dan sapukan di bibir kita selama 20-30 minit .Cara ini dapat memerahkan semula bibir dan bibir kita akan kelihatan lebih sihat ..
DAUN SIRIH 

  • ~4-DAUN SIRIH 
-Dengan menggunakan daun sirih ,perahkan air dari daun sirih dan sapukan ke permukaan mulut atau bibir pada waktu malam sebelum tidur .Biarkan semalaman dan jika amalkan selalu ,bibir akan mula kelihatan tidak lagi hitam atau coklat.

SELAMAT MENCUBA ~~~~


Cara Buat Kek lapis cheese Dengan Mudah


Cara Buat Kek lapis cheese Dengan Mudah

Bahan-bahan Kek lapis cheese:

  • [+].1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee)
  • [+].1 Cawan susu segar
  • [+].250gm Cream cheese
  • [+].100gm Whipping cream non-dairy
  • [+].3 Sudu besar gula castor
  • [+].1 Sudu besar gelatin halal
  • [+].50ml air panas


Hiasan Kek lapis cheese:
Chocolate rice

Cara membuat Kek lapis cheese:

  • [+].1. Putar cream cheese dgn gula hingga kembang. Dalam bekas yang berlainan putar whipping cream hingga kembang kental. Campurkan kedua-dua adunan dan gaulkan dengan spatula.
  • [+].2. Cairkan gelatin dgn air panas. Bila telah hancur tapis dan masukkan dalam adunan tadi. Kacau hingga rata dan sebati.
  • [+].3. Sediakan bekas/loyang dilapik dengan aluminium foil atau kertas minyak keseluruhannya agar mudah ditarik keluar bila keras nanti.
  • [+].4. Panaskan susu seketika kemudian angkat. Celupkan biskut marie sekejab jgn sampai lembik.
  • [+].5. Lapiskan satu persatu dgn adunan cream cheese tadi sehingga habis, lapisan cheese yg terakhir.
  • [+].6. Taburkan chocolate rice di atas lapisan cheese.
  • [+].7. Bekukan dalam 1-2jam dalam peti ais. Bila keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong.
Selamat Mencuba :)


KEK COKLAT KEJU MARBLE LAGI MENAWAN


KEK COKLAT KEJU MARBLE LAGI MENAWAN

Bahan-bahan KEK COKLAT KEJU MARBLE LAGI MENAWAN:
.
Bahan kek:
.

  • [+]142gm gula perang
  • [+]142gm tepung gandum ~ diayak
  • [+]1st baking powder ~ diayak
  • [+]1st soda bikarbonat
  • [+]1 cawan susu cair
  • [+]1 cawan minyak
  • [+]1/2 cawan susu pekat manis
  • [+]3 bj telur
  • [+]5 sb serbuk koko

.
Cara buat KEK COKLAT KEJU MARBLE LAGI MENAWAN:
.

  • [+]1. Campurkan susu cair, gula, serbuk koko, sudu pekat dan minyak dalam periuk. Kacau atas api kecil hingga semuanya larut. Tutup api .
  • [+]2. Blender telur hingga berbuih kemudian campurkan dlm adunan koko.
  • [+]3. Masukkan tepung sikit2 sambil dikacau rata.
  • [+]4. Alas loyang dgn baking paper dan sapu dgn sedikit minyak.
  • [+]5. Tuang adunan, kukus dalam air yg mendidih selama 1 jam atau sehingga masak.
  • [+]6. Sejukkan kek.

.
Bahan cream KEK COKLAT KEJU MARBLE LAGI MENAWAN:
.

  • [+]400gm keju cream
  • [+]80gm coklat hitam ~ dicairkan
  • [+]60gm coklat putih ~ dicairkan
  • [+]Sedikit vanilla
  • [+]12gm serbuk gelatin halal + 100 ml air ~ biar kembang sebentar kemudian cairkan ~ guna kaedah double boiler
  • [+]190gm krim non dairy ~ diputar hingga kembang dan kaku

.
Cara:
.

  • [+]1. Putar keju cream hingga gebu dan halus. Masukkan vanilla.
  • [+]2. Masukkan gelatin yg dah dicairkan, kacau sebati.
  • [+]3. Bagikan adunan keju kpd 2 bahagian. Bhg 1 tambah coklat hitam. Kacau sebati. Bhg 1 lagi tambah coklat putih. Kacau sebati.
  • [+]4. Ambil bahagian yg dicampur coklat putih, campurkan cream dan gaul sebati. Masukkan dlm.piping bag, ketepikan.
  • [+]5. Ambil bahagian coklat hitam, campurkan cream, gaul sebati dan masuk dlm piping bag. Ketepikan.

.
Cara menghias KEK COKLAT KEJU MARBLE LAGI MENAWAN:
.

  • [+]1. Kek yang dah sejuk, potong ikut ukuran loyang 8 x8 in (ukuran loyang ikut citarasa). Klu tak ada loyang spring foam, alaskan alumunium foil dlm loyang tersebut supaya senang nak keluarkan kek nnanti.
  • [+]2. Masukkan kek tadi dlm loyang, paipkan cream warna putih hingga penuh permukaan kek. Tinggalkan sedikit cream untuk corak hiasan.
  • [+]3. Paipkan pula cream coklat hitam hingga habis dan ratakan.
  • [+]4. Paipkan cream putih yg sedikit tadi, corakkan ikut kreativiti masing2.
  • [+]5. Masukkan kek dalam peti ais dan sejukkan selama 1 jam.
  • [+]6. Sedap dimakan sejuk




Resepi Mudah Kek Biskut Marie


Resepi Mudah Kek Biskut Marie

Bahan-bahan buat Kek Biskut Marie :

  • [+]500gm biskut merrie (1 peket ½)
  • [+]1cawan gula*
  • [+]½cawan sebuk koko*
  • [+]1cawan air*
  • [+]⅔cawan mentega*
  • [+]1sudu kecil vanilla*


Topping coklat Kek Biskut Marie

  • [+]½ cawan susu sejat
  • [+]1 bar coklat masakan
  • [+]Hiasan seperti kekacang @ buah buahan.


Cara-Cara buat Kek Biskut Marie

  • [+]- Pecahkan biskut merrie, ketepikan
  • [+]- Dalam periuk kecil, jadikan satu bahan bertanda *
  • [+]- Whisk sebati
  • [+]- Panaskan diatas api yg perlahan, sentiasa kacau rata. selama 7-8 min.
  • [+]- Tuang didalam mangkuk yg mengandungi biskut merry tadi.
  • [+]- Gaul mesra.
  • [+]- Masukkan dalam acuan kek
  • [+]- Tekan dan padatkan, simpan dalam petisejuk 1jam.


Untuk membuat topping Kek Biskut Marie

  • [+]- Panaskan susu sejat, matikan api & masukkan coklat masakan
  • [+]- kacau sebati.
  • [+]- Tuangkan diatas kek dan sejukkan semula 1jam.
  • [+]- Hiaskan & hidangkan.


Sumber: FB Sara Vee


Thursday, 26 November 2015

RAHSIA RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID MANTOP


RAHSIA RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID MANTOP
============================
BAHAN-BAHAN MEE REBUS :

  • [✔]. 2 kilo mee kuning, dicelur
  • [✔] 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • [✔] 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • [✔] 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  • [✔] 3 ulas bawang putih, dikisar
  • [✔] 3 biji bawang merah, dikisar
  • [✔] 1 inci halia, dikisar
  • [✔] 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • [✔] 3 batang serai, dititik
  • [✔] 1 inci lengkuas, dititik
  • [✔] 5 sudu makan rempah kari daging
  • [✔] garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • [✔] minyak untuk menumis


BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING UNTUK MEE REBUS

  • [✔] 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • [✔] 80g tepung gandum
  • [✔] ¼ camt serbuk kunyit
  • [✔] garam
  • [✔] air secukupnya
  • [✔] minyak untuk menggoreng


BAHAN HIASAN UNTUK MEE REBUS

  • [✔] tauhu yang digoreng, dipotong kecil
  • [✔] daun sup, dimayang
  • [✔] bawang goreng
  • [✔] telur rebus, dibelah dua
  • [✔] lada hijau, dipotong bulat
  • [✔] taugeh, dicelur
  • [✔] limau kasturi, dibelah dua


=================
CARA-CARA PENYEDIAAN MEE REBUS
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING UNTUK MEE REBUS
=================

  • [✔] Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  • [✔] Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
RAHSIA RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID MANTOP


CARA MASAK KUAH MEE REBUS
=================

  • [✔] Panaskan minyak dalam periuk.
  • [✔] Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  • [✔] Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
  • [✔] Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  • [✔] Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.


CARA HIDANGAN MEE REBUS.
=================

  • [✔] Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
  • [✔] Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.


Okey, selamat mencuba resepi mee rebus haji wahid

Jom share resepi mee rebus ini
Sumber : Resepi Sheila Rusly

Jika Anda Suka ?? Sila Komen "MOHON SHARE" & "LIKE"


Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja.


Nak jadi sihat, cergas dan otak cerdas? Senang sahaja. 

Uollss hanya perlukan kismis dan air minuman. Ikutlah langkah ini:

[+]1. Tuangkan air minuman ke dalam gelas sebelum tidur.
[+]2. Rendam 21 biji kismis dalam air minuman tersebut semalaman.
[+]3. Minum air rendaman dan makan kismis itu keesokan paginya sebelum makan sarapan.

###Amalkan setiap hari untuk mendapatkan tubuh yang cergas, minda yang cerdas dan mata yang sihat!

P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.


Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)#

#Selamat mencuba#


Tuesday, 24 November 2015

Resepi Cake Coklat yang lazat


Resepi Cake Coklat yang lazat Rasanya yang lezat pasti membuat uollss semua tergoda. Ikuti resepi Cake Coklat berikut ini.

Bahan Cake Coklat :

[●] 6 butir telur
[●] 150 gram gula pasir
[●] 1/2 senduk makan emulsifier (sp/tbm)
[●] 175 gram tepung terigu protein sedang
[●] 25 gram cokelat bubuk
[●] 1/2 sendok teh baking powder
[●] 25 ml susu cair
[●] 100 gram margarin, dilelehkan
[●] 1/4 senduk teh cokelat pasta

Cara-cara Cake Coklat :

[●] 100 gram mentega putih
[●] 100 gram gula tepung
[●] 1 sendok makan cokelat bubuk dan 25 ml air panas, dilarutkan

Cara Membuat Cake Coklat :

Cake: kacau telur, gula pasir, dan emulsifier sampai mengembang. Tambahkan tepung terigu, cokelat bubuk, dan baking powder sambil diayak dan diadun rata.

Masukkan susu cair, margarin leleh, dan cokelat pasta sedikit-sedikit sambil diadun perlahan-lahan.

Tuang di loyang 20x20x7 cm yang dioles margarin dan dialas kertas roti.

Oven 30 minit dengan suhu 180 derajat Celsius.

Topping: kacau mentega putih sampai lembut. Masukkan gula tepung dan larutan cokelat bubuk. Kacau sampai lembut.


[+]Tips:
Sebaiknya menggunakan campuran gula pasir dan halus untuk menghilangkan rasa pahit tetapi tidak terlalu manis. Jika ingin terasa lebih manis, dapat tambahkan gula sesuai yang diinginkan.
Saranan saji Resepi Cake Coklat tersebut adalah untuk 16 potong. Saat penyajian dapat anda hiasi dengan buah-buahan.

Selamat mencuba uollss.


RAHSIA RESEPI KUAH YONG TAU FOO


RAHSIA RESEPI KUAH YONG TAU FOO

KUAH HITAM YONG TAU FOO

  • [●] 2 sd mkn taucu
  • [●] 2 sd mkn tpg jgung
  • [●] 2 sd mkn tpg gndum
  • [●] 3 sd mkn kicap pkat
  • [●] 3 sd mkn sos tiram
  • [●] 4-5 sd mkn gula
  • [●] 3 cwn air

Caranya : [●]Masukan semua bahan dalam blender, kisar bagi halus dan masak bagi mendidih sekejap..

KUAH MERAH YONG TAU FOO

  • [●] 1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
  • [●] 1 sd mkn tpg gndum
  • [●] 1 sd mkn tpg jgung
  • [●] 4- 5 sd mkn gula
  • [●] 3 cwn air
  • [●] 1/4 sd mkn garam
  • [●] Kisar semua bahan sampai halus..
  • [●] 3 sd mkn cili kisar


Cara-caranya YONG TAU FOO:

  • [●]Panaskan sikit minyak, tumis 2 biji bawang putih ketuk, letak 3 sd mkn cili kisar dan tunggu sampai kering. 
  • [●]Masukan semua bhn dalam blender tadi. 
  • [●]Masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit.



  • [●]Setelah siap bolehlah dimakan dengan pelbagai bebola, sosej, dan macam-macam lagi seumpamanya dan boleh dimakan bersama keluarga.
Jangan lupa like dan share yer uollsss.


Resepi Laksam Kesukaan Ramai(12 gulung)


Resepi Laksam Kesukaan Ramai(12 gulung)

Bahan buat laksam

  • [+]3 cawan tepung beras
  • [+]1/2 cawan tpg gandum
  • [+]sedikit garam
  • [+]4 3/4 cawan air suam
  • [+]3 sudu besar minyak masak


Campur semua bahan-bahan diatas sehingga sebati, ketepikan sebentar

  • [+]* panaskan periuk kukusan, sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak
  • [+]* masukkan bancuhan tepung tadi dalam loyang atau tudung periuk, jangan tebal jangan nipis, agak-agak sahaja, kalau admin guna 3 senduk setiap adunan, kukus dalam 5 minit..
  • [+]* angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dengan air paip supaya sejuk.
  • [+]* guna hujung sudu atau benda yang boleh cungkil laksam ini keluar dari loyang, terus gulung dari loyang tersebut hingga habis.
  • [+]* kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis..


Kuah laksam 6 orang makan

  • [+]3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jangan buang, digunakan tuk kuah nanti
  • [+]2 biji bawang sederhana besar
  • [+]2 ulas bawang putih..
  • sedikit je halia
  • [+]1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • [+]1/2 periuk santan pekat (agak2 6 orang makan + tambahan)
  • [+]garam , gula
  • [+]2 keping asam gelugur



  • [+]* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan
  • [+]* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama-sama dengan isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran..
  • [+]* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan
  • [+]* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula
  • [+]* masak hingga mendidih..dgn api sederhana


Nota: belacan bakar- jika suka masukkan dalam laksam

Dihiris halus :

  • [+]ulaman
  • [+]kacang panjang
  • [+]timun
  • [+]tauge
  • [+]kobis


Sambal laksam :

  • [+]Semuanya kisar/tumbuk halus
  • [+]sambal lada
  • [+]sedikit belacan
  • [+]lada merah
  • [+]cili api merah
  • [+]garam sikit


Jangan lupa Share ye.


BISKUT SAMPRIT CHEESE RANGGUP


BISKUT SAMPRIT CHEESE RANGGUP

BAHAN-bahan BISKUT SAMPRIT CHEESE RANGGUP

  • [+*]200g mentega (yang tulen akan membuatkan biskut lebih sedap)
  • [+*]100g cream cheese
  • [+*]130g gula icing
  • [+*]200g tepung jagung kupu-kupu
  • [+*]140g tepung kastad(birds custard)
  • [+*]180 g tepung gandum
  • [+*]2 biji kuning telur
  • [+*]2 camb susu pekat manis
  • [+*]1/2 camt esen vanilla
  • [+*]ceri merah @ kismis hitam@ choc chip untuk hiasan

CARA-cara BISKUT SAMPRIT CHEESE RANGGUP

  • [+*]Pukul mentega,cream cheese sehingga gebu.
  • [+*]Masukan esen vanilla susu pekat dan telur sebiji2.
  • [+*]Pukul perlahan sampai sebati.Campurkan kesemua tepung,masukan sedikit-sedikit sambil dikacau dengan spatulla sehingga menjadi doh.
  • [+*]Biarkan 5-10 min.
  • [+*]Picit dengan acuan samprit.
  • [+*]letakan ceri @kismis hitam @choc chip sebagai hiasan.
  • [+*]Bakar 15 min,suhu 150*C dengan api bawah.
Jangan lupa share dan like yerr uollsss.


13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI [MESTI BACA]


13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI [MESTI BACA]


[++]1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

[++]2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI.

Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.

Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.

Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

[++]3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.

Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.

Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.

[++]4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).

[++]5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.

Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

[++]6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng.

Suami akan gembira bila seleranya ditepati.

[++]7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. 13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI.

Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa.

Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

[++]8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.

Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

[++]9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.

Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

[++]10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.

Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.

Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

[++]11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.

Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.

Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

[++]12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.

Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu.

Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut

Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

[++]13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.

Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai.

***13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI share ye untuk kita bersama.


RESEPI CHICKEN CHOP MELETOP UOLLSSS


RESEPI CHICKEN CHOP MELETOP UOLLSSS


BAHAN- BAHAN CHICKEN CHOP MELETOP

  • .[+].1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
  • .[+].1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
  • .[+].3 sudu besar sos tiram
  • .[+].1 sudu besar sos cili
  • .[+].1 sudu besar kicap manis
  • .[+].1 sudu makan kicap masin
  • .[+].1 sudu makan jus limau
  • .[+].1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
  • .[+].1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)


Cara Penyediaan CHICKEN CHOP MELETOP :

  • .[+].1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
  • .[+].2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!


Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam CHICKEN CHOP MELETOP

  • .[+].1 labu bawang besar ( potong dadu)
  • .[+].1 sudu besar mentega
  • .[+].2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
  • .[+].1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
  • .[+].3 sudu besar sos tiram
  • .[+].1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
  • .[+].1 sudu makan sos tomato atau sos chili
  • .[+].1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
  • .[+].1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
  • .[+].Sedikit garam


Cara membuatnya CHICKEN CHOP MELETOP

  • .[+].1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
  • .[+].2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
  • .[+].3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.


***jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
**** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama tQ
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba


Friday, 20 November 2015

Kek marble Terlajak Sedap By aja's kitchen



Kek marble Terlajak Sedap By aja's kitchen


Bahan-bahan Kek marble

  • [+]250g butter
  • [+]200g gula kastor 
  • [+]4 biji telur (size A)
  • [+]1 sudu teh esen vanilla 
  • [+]220g tepung kek
  • [+]50ml susu segar (susu cair pun boleh)
  • [+]1 sudu bsr serbuk koko 
  • [+]sedikit coklat emulco




cara-cara Kek marble

  • [+]Mix butter & gula kastor hingga putih/ kembang.
  • [+]Then, masakkan telur 1 persatu & esen vanilla ke dalam adunan. mix sebati.
  • [+]Mskkn tpg sikit demi sedikit ke dlm adunan diselang seli dgn susu hingga habis. gaul sebati.
  • [+]Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. -1 bahagian- plain, 1 bahagian dicampur degan serbuk koko & coklat emulco.
  • [+]griskn tin pembakar/loyang & letakkn kertas minyak.
  • [+]Tuang ke dalam tin pembakar secara berselang seli.
  • [+]Bakar pada suhu 150c selama 40/50 minit @ sampai masak.



[+]....Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba



RESEPI LAKSA KUALA PERLIS MESTI CUBA


RESEPI LAKSA KUALA PERLIS MESTI CUBA

Bahan-bahan

  • [+]...1kg laksa beras - di rebus dan toskan (Guna laksa kering)
  • [+]...1kg ikan kembung - di bersihkan
  • [+]...1/2 kg ikan selayang - di bersihkan
  • [+]...2 batang bunga kantan - di hiris
  • [+]...5 tangkai daun kesum
  • [+]...3 keping asam gelugur - Masukkan 5 keping
  • [+]...3 liter air
  • [+]...garam secukup rasa


BAHAN KISAR

  • [+]...250gm bawang besar
  • [+]...150gm cili kering - kurangkan jika tak tahan pedas
  • [+]...25gm belacan


BAHAN HIASAN

  • [+]...8 biji telur - di rebus dan dibelah dua
  • [+]...20gm cili padi - di potong
  • [+]...5 tangkai daun selom di hiris
  • [+]...1 biji timun di hiris seperti mancis


CARA MEMASAK:

  • [+]...1. Rebus ikan kembung dan selayang. Asingkan bahagian isi dan tulang ikan.
  • [+]...2. Isi ikan dikisar dan dimasukkan kedalam periuk yang berisi air. Kemudian kisar tulang ikan sehingga hancur, tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sama.
  • [+]...3. Masukkan bahan kisar ke dalam rebusan ikan tadi.
  • [+]...4. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasakan. Biarkan mendidih dan angkat.
  • [+]...5. Masukkan laksa ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan hiasan.

[+]...Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

[+]...Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)

Selamat mencuba


Tuesday, 17 November 2015

RESEPI CAKOI BY Ida Farida


RESEPI CAKOI BY Ida Farida 


BAHAN-bahan untuk cakoi

  • [+]400 tepung gandum
  • [+]1 cawan air
  • [+]1 sudu besar majerin
  • [+]1 sudu kecil garam
  • [+]3 sudu besar gula pasir
  • [+]1 sudu besar susu pekat@susu tepung
  • [+]1 biji kuning telur
  • [+]2 sudu kecil yis kering
  • [+]1/2 sudu kecil soda bikarbonat


CARA-cara buat cakoi

  • [+]1.bancuh gula dan yis dengan air
  • [+]2.satukan bahan kecuali minyak masak
  • [+]3.uli sehingga menjadi doh
  • JIKA DOH MASIH LEMBIK TAMBAH-TAMBAH SIKIT-sikit TEPUNG GANDUM SEHINGGA MEMBENTUK DOH
  • [+]4.uli sehingga tidak melekat di mangkuk atau tangan..itu bermakna doh anda cukup adunan nya..cukuo tepung nya..jika masih melekat tambah sikit-sikit tepung
  • [+]5.rehatkan doh selama 40 minit


CARA-cara PENYEDIAAN CAKOI
IKUT CARA ini

  • [+]1.ambil dalam segengam doh
  • [+]2.canai doh memanjang berbentuk 4 segi memanjang..tabur tepung di permukaan tempat mencanai doh tersebut bagi elak melekat di tempat di canai
  • [+]3.potong doh lebih kurang 1.5 inci
  • [+]4.ambil lidi dan celup dalam air dan dan tekan lidi tersebut atas adunan yg di potong tadi
  • [+][+]5.ambil potongan yg lain juga telah di tekan dengan lidi yg bersalut air dan lekatkan kedua2 belah
  • [+]6.panaskan minyak utk mengoreng
  • [+]7.bila minyak dah panas..ambil doh cakoi tadu
  • [+]8.sebelum di masukkan ke dalam kuali..tarik doh agar memanjang dan terus di goreng dengan api perlahan
  • [+]9.buat sehingga habis adunan


SELAMAT MENCUBA

credit to Ida Farida Mazlan


Friday, 13 November 2015

Alvin Tan' Mohon Maaf' Kesat Najis Guna Helaian Al-Quran


Alvin Tan'mohon maaf' kesat najis guna helaian Al-Quran


#SHAH ALAM SELANGOR: Blogger kontroversi ini, Alvin Tan yang mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memuat naik gambarnya mengesat najis dengan helaian Al-Quran, tampil memohon maaf secara terbuka.

#Permohonan maaf itu dimuat naik dalam laman Facebook beliau, sebentar tadi, dengan turut disertakan serangkap pantun.

#"Saya di sini hendak memohon ampun dan maaf daripada seluruh umat Islam Malaysia dengan seikhlas-ikhlasnya atas perbuatan saya yang sangat biadab.

#"Pisang emas dibawa berlayar, masak sebiji di atas peti, kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati. Sekian, terima kasih. Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh," tulisnya empat jam lalu.

#Di samping ucapan permohonan maaf itu, Alvin turut menulis "Kita masih kawan kan?"

#Tidak dapat dipastikan, permohonan maaf itu dibuat sekadar berbentuk sindiran atau tidak.

#Alvin semalam memuat naik gambarnya mengesat najis dengan helaian Al Quran, yang dilihat sengaja mengundang kemarahan umat Islam di negara ini, yang kemudiannya menjadi viral di internet.

#Perbuatan tersebut bukanlah cubaan kali pertama blogger itu mencari 'publisiti murahan' dengan memuat naik status atau gambar yang bersifat provokatif dan hinaan.

#Siri 'hinaannya' bermula apabila memuat naik gambarnya bersama Bak Kut Teh dengan kapsyen 'Selamat berbuka puasa dengan bak kut teh.. wangi enak dan menyelerakan'.

#April lalu, beliau sekali lagi bertindak biadap apabila merakam lagu azan bertajuk 'Muslim Call to Prayer-Azan' dengan melaungkan azan berlatarkan alunan piano, sambil tidak berbaju.

#Blogger itu kini melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk memohon suaka di negara berkenaan, bagi mengelakkannya dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan ekoran posting berbaur hinaan di laman sosial sebelum itu.


Thursday, 12 November 2015

PETUA HALAU SEMUT DENGAN MUDAH


PETUA HALAU SEMUT DENGAN MUDAH


Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:

1. PETUA HALAU SEMUT DENGAN MUDAH [**Cili kering] :

  • 3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.


2. PETUA HALAU SEMUT DENGAN MUDAH [**Minyak masak] :

  • Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.


3. PETUA HALAU SEMUT DENGAN MUDAH [**Bawang merah] :

  • Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.


4. PETUA HALAU SEMUT DENGAN MUDAH [**Kulit telur] :

  • Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. 


5. PETUA HALAU SEMUT DENGAN MUDAH [**Asam gelugur] :

  • Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.


6. PETUA HALAU SEMUT DENGAN MUDAH [**Daun sirih] :

  • Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


Selamat mencuba.


MESTI CUBA RESEPI KEK COKLAT MOIST


MESTI CUBA RESEPI KEK COKLAT MOIST 


Bahan untuk KEK COKLAT MOIST
.
KEK COKLAT MOIST Bahan A· 

● 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
● 1 cawan gula pasir
● 1 cawan susu cair
● 1 cawan minyak masak
● 1/2 cawan susu pekat

KEK COKLAT MOIST Bahan B 

● 11/2 cawan tepung gandum
● 1 sudu teh bikarbonat
● 1 sudu teh baking powder
● 1 sudu teh esen vanilla
● 3 biji telur (suhu bilik)

Cara-cara KEK COKLAT MOIST

  • 1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
  • 2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A. 
  • 3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 
  • 4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ 
  • 5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 
  • 6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 
  • 7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.. 


KEK COKLAT MOIST TOPPING(ganache)

Bahan:
● 300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
● 1 sudu besar susu pekat
● 1/2 cawan susu cair
● 2 sudu besar butter
● 1/4 cawan air panas

KEK COKLAT MOIST Cara: 

  • 1. Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. 
  • 2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 
  • 3. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. 
  • 4. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
  • 5. Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 
  • 6. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 
  • 7. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. 
  • 8. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. 


Boleh juga dinikmati ketika suam-suam panas..
* memang agak banyak ganache yg dihasilkan sebab nak kena siram 2x atas kek tu nanti untuk menghasilkan kek yang super duper moist.

Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.


Wednesday, 11 November 2015

Cara Yang Betul Solat Khas Untuk Muslimah


Cara Yang Betul solat khas untuk muslimah

“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa nanti’”

Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda , Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**

Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.

Selamat menimba ilmu Cara Yang Betul solat khas untuk muslimah

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab-adab solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam-macam gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah, umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sebelum menghadap Yang Esa.

Cara Yang Betul solat khas untuk muslimah 

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat untuk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

[+]1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

[+]2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

[+]Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

Cara Yang Betul solat khas untuk muslimah

[+]1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

[+]Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

[+]2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

[+]3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

[+]4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

[+]5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

[+]6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

[+]7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

[+]9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

[+]10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

[+]1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

[+]Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

[+]2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

[+]3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

[+]Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

[+]Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.

[+]‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda , Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**

[+]LIKE l SHARE l COMMENT


Tuesday, 10 November 2015

SIMPLE TROPICAL SUNDAE


SIMPLE TROPICAL SUNDAE  

Bahan-bahan untuk TROPICAL SUNDAE :


  • [+]3 sudu madu
  • [+]¾ cawan susu segar
  • [+]250g creamcheese (guna Philadelhia)
  • [+]2 cawan digestive biscuits
  • [+]½ cawan heavy cream
  • [+]1 biji rollcake (any flavour/color)
  • [+]Strawberry / Chocolate etc syrup
  • [+]3 biji kiwi / lain² buah, peeled & sliced
  • [+]Sedikit chocolate rice
  • [+]Canned whip cream (optional)


Cara Penyediaan TROPICAL SUNDAE :


  1. [+]Whisk together madu, susu, creamcheese & heavycream sehingga lembut & sebati. Ketepikan. (mixture ini tidak manis).
  2. [+]Hancurkan digestive biscuits (nak guna biskut lain pun boleh tapi sebab digestive biscuits ni selalunya hancur dengan cantik & tak berdebu). Ketepikan.
  3. [+]Potong rollcake nipis² & saiz kecil supaya senang nak susun.
  4. [+]Sediakan bekas / jar / container kegemaran untuk susun semua ingredient. Memula masukkan rollcake yang dah dipotong kecil, susun dengan teratur.
  5. [+]Kemudian tuangkan sedikit mixture creamcheese tadi, gunakan sudu.
  6. [+]Masukkan pula strawberry syrup, lapisan tak perlu tebal, nipis sahaja.
  7. [+]Masukkan mixture selapis lagi.
  8. [+]Susun rollcake selapis.
  9. [+]Masukkan mixture lagi.
  10. [+]Tabur biskut yang dihancurkan.
  11. [+]Masukkan mixture & ulang proses sehingga habis. Saya letak chocolate syrup untuk lapisan teratas.
  12. [+]Letak whipped cream untuk deco, tabur choc rice & susun buah²an di atasnya.
  13. [+]Chill kan sebentar di dalam chiller/fridge.


Sedia untuk dihidangkan! SIMPLE TROPICAL SUNDAE

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda). TQ
Selamat mencuba.


Monday, 9 November 2015

BROWNIES CHEESE KUKUS MELELEH


BROWNIES CHEESE KUKUS MELELEH

BROWNIES

Bahan Brownies Cheese A:

  • [+]- 2 biji telur
  • [+]- 1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
  • [+]- 1/2 cawan susu pekat manis
  • [+]- 100 ml minyak
  • [+]- 1/2 cawan gula castor


Bahan-bahan yg diayak bersama:

  • [+]- 1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
  • [+]- 1/2 cawan tepung gandum
  • [+]- 1/2 sudu teh baking powder
  • [+]- 1/4 sudu teh baking soda


CARA-CARA BROWNIES CHEESE KUKUS:-

  • [+]1. Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender.
  • [+]2. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.
  • [+]3. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25[+]-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti).
  • [+]4. Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.


Lapisan Keju BROWNIES CHEESE KUKUS:

  • [+]- 500g cream cheese
  • [+]- 4 biji telur grade B
  • [+]- 140g gula halus
  • [+]- Sedikit esen vanilla


CARA-CARA BROWNIES CHEESE KUKUS:-

[+]1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata.
[+]2. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.
[+]3. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.
[+]4. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan brownies chesse cake.

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda). TQ

Selamat mencuba.


5 CARA DAN PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA SECARA SEMULAJADI


5 CARA DAN PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA SECARA SEMULAJADI

Assalammualaikum dan salam sejahtera, tips ini sangat mudah untuk kita amalkan pada setiap hari, anda cuma perlu sediakan beberapa barang sahaja, jadi jangan tunggu lagi. Ikutilah 5 cara dan petua menegankan kulit mula secara semulajadi ini.

[+]1. Putih telur dan tepung sagu :
Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.

[+]2. Beras pulut, kulit kayu manis dan kunyit hidup :
Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.

[+]3. Bunga melur dan bunga cempaka :
Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih.

[+]4. Kulit pisang dan putih telur :
Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur hingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

[+]5. Tepung ubi kayu dan buah mentimun :
Buah timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Jangan lupa amalkan 5 cara dan petua menegankan kulit mula secara semulajadi ini setiap hari untuk kesan yang cepat.

Selamat mencuba.


PETUA CEPAT DAPAT ANAK DENGAN IZIN-NYA


PETUA CEPAT DAPAT ANAK DENGAN IZIN-NYA


Bagi yang susah nak dapat anak(mengandung) mungkin anda boleh cuba petua ini.

Begini PETUA CEPAT DAPAT ANAK DENGAN IZIN-NYA :

[+]Ambil segenggam kacang hijau.

[+]Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).

[+]Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)

[+]Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)

[+]Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.

[+]Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).

[+]Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.

[+]Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Kepada mereka yang inginkan anak, cubalah amalkan petua ini. Cuba amalkan dan tawakal pada Allah. Doa banyak-banyak. Semoga dipercepat menimang cahaya mata. Sekian PETUA CEPAT DAPAT ANAK DENGAN IZIN-NYA.


Resepi Donut Lembut & Gebu

Resepi Donut Lembut & Gebu


Resepi Donut Lembut & Gebu


Bahan-bahan Donut Lembut & Gebu


[+]..500gm tepung gandum (tepung High Protein pun boleh tapi donat warna putih)
[+]..210ml air suam
[+]..2 sudu marjerin
[+]..1 sudu teh garam
[+]..3 susu tepung (tukar 3 sudu susu pekat manis)
[+]..3 sudu besar gula (guna 1 1/2 sudu ajer)
[+]..1 bungkus mauripan (11gm)
[+]..sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)

Cara Menyediakan Donut Lembut & Gebu

[1] Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan mauripan.
[2] Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
[3] Tuang mauripan ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.
[4] Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.
[5] Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.
[6] 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.
[7] Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.

Silakan Share

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama 
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda).

Selamat mencuba. <3