Monday 9 November 2015

Filled Under:

BROWNIES CHEESE KUKUS MELELEH


BROWNIES CHEESE KUKUS MELELEH

BROWNIES

Bahan Brownies Cheese A:

  • [+]- 2 biji telur
  • [+]- 1/2 cawan susu cair (cawan metrik, 1 cawan = 250 ml)
  • [+]- 1/2 cawan susu pekat manis
  • [+]- 100 ml minyak
  • [+]- 1/2 cawan gula castor


Bahan-bahan yg diayak bersama:

  • [+]- 1/3 cawan serbuk koko (boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
  • [+]- 1/2 cawan tepung gandum
  • [+]- 1/2 sudu teh baking powder
  • [+]- 1/4 sudu teh baking soda


CARA-CARA BROWNIES CHEESE KUKUS:-

  • [+]1. Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender.
  • [+]2. Kisar perlahan-lahan hingga sebati. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.
  • [+]3. Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25[+]-35 minit hingga masak. (Simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti).
  • [+]4. Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.


Lapisan Keju BROWNIES CHEESE KUKUS:

  • [+]- 500g cream cheese
  • [+]- 4 biji telur grade B
  • [+]- 140g gula halus
  • [+]- Sedikit esen vanilla


CARA-CARA BROWNIES CHEESE KUKUS:-

[+]1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata.
[+]2. Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.
[+]3. Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.
[+]4. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan brownies chesse cake.

Kalau Nak Share SILA Komen“SAYA SHARE”Mohon Kerjasama
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda). TQ

Selamat mencuba.